Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menasihati Timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk tidak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti bagi memberi peluang kepada generasi baharu untuk menerajui kepemimpinan parti.
Dr Chua yang sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding menyifatkan Liow sebagai seorang yang lemah dan tidak sesuai untuk memimpin parti.
"Beliau (Liow) perlu bersama-sama dengan saya untuk tidak bertanding kerana beliau tidak ada pendirian dalam membuat keputusan. Beliau hanya tahu mengelak dan mudah dipengaruhi oleh kata-kata daripada orang luar parti.
"Saya tahu, sebab saya sudah bersama dengannya selama empat tahun dan amat memahami keperibadiannya," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini hari ini.
Dr Chua berkata Liow sepatutnya memberi laluan kepada generasi muda untuk memimpin parti jika beliau sayangkan parti.
"Kami semua sayangkan parti lebih daripada jawatan parti. Jika beliau (Liow) juga sayangkan parti dan mahukan masa depan parti yang lebih cerah, beliau harus berbuat demikian (tidak bertanding jawatan presiden).
"Lagipun saya yakin orang-orang muda tidak akan membawa budaya berpuak-puak dalam parti sehinggakan menyebabkan konflik dalaman yang berpanjangan," katanya.
Katanya pucuk pimpinan MCA seharusnya 'dimudakan' supaya dapat berinteraksi dengan pengundi muda yang dijangka akan semakin bertambah sebanyak tiga juta orang menjelang 2014.
"Oleh itu, perlunya kami memberi laluan kepada orang-orang muda untuk menerajui parti untuk mendapat sokongan lebih daripada pengundi muda yang semakin ramai," katanya.
Beliau juga turut menyebut beberapa pemimpin muda yang berpotensi untuk memudakan kepimpinan parti antaranya Naib Presiden Gan Ping Sieu, Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Anggota Jawatankuasa Pusat Datuk Chua Tee Yong.
Sementara itu, Dr Chua turut menggesa semua anggota untuk menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan pada 20 Oktober ini bagi mengubah resolusi parti sebelum ini yang tidak menerima jawatan dalam kerajaan.
Katanya, resolusi ini perlu diubah dengan segera memandangkan jawatan di peringkat negeri seperti Ketua Kampung, Anggota Lembaga Hospital serta Anggota Majlis Daerah masih kosong.
"Hal ini kerana selama ini anggota kami yang memegang jawatan ini banyak membantu masyarakat Cina setempat menyelesaikan masalah mereka sama ada dari segi bantuan pinjaman buku teks anak-anak sehingga ke urusan pembelian tanah yang perlukan tandatangan daripada mereka.
"Oleh itu jawatan-jawatan di peringkat itu perlu diisikan segera dalam satu tempoh tertentu dan jika tidak, jawatan-jawatan itu akan diisikan oleh orang lain maka anggota kami tidak ada peluang untuk menjawatnya seterusnya tidak dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk kaum Cina," katanya.
MCA akan mengadakan EGM bagi memutuskan sama ada anggota parti dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan dan juga untuk menegur sikap Liow.
Manakala pemilihan Jawatankuasa Pusat serta Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan pada 21 dan 22 Disember ini.
Bernama
Fri Oct 11 2013
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
MCA tidak akan keluar BN, kata KJ
MCA tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
MIC kekal sebagai parti komponen BN - Vigneswaran
Kerjasama MIC sebagai parti komponen yang terjalin selama lebih 50 tahun akan terus kekal sehingga satu keputusan dibuat secara bersama dengan parti komponen BN yang lain.
'Soi Lek pasti tahu wang yang diterima adalah dari 1MDB' - Kit Siang
Veteran DAP Lim Kit Siang menegaskan bahawa tidak mungkin bekas pemimpin MCA Chua Soi Lek tidak mengetahui wang yang diterima pada 2013 adalah sumber 1MDB.
Mana-mana ahli MCA boleh bertanding jawatan tertinggi - Liow
Liow berharap pemilihan MCA akan datang tidak akan melemahkan parti secara dalaman.
Terowong dasar laut: Guan Eng enggan debat dengan 'orang nombor dua'
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau tidak akan merendahkan martabatnya sebagai pemimpin tertinggi DAP untuk berdebat dengan Wee yang merupakan pemimpin nombor dua MCA.
Penyusunan semula MAS mesti bebas daripada campur tangan politik, kerajaan
Penyusunan semula berterusan Malaysia Airlines (MAS) mesti bebas daripada campur tangan politik atau kerajaan kata Chua Soi Lek.
Hudud: Soi Lek desak MCA jumpa PM
Kata beliau, pertemuan itu penting untuk memastikan BN memahami pendirian parti-parti kaum Cina itu.
MCA: BN perlu adil dan tidak dilihat sebagai 'menghukum Cina'
Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyediakan polisi yang inklusif dan tidak akan ditafsirkan sebagai menghukum masyarakat Cina.
Chua Soi Lek sahkan tidak pertahan jawatan Presiden MCA
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahan jawatannya dalam pemilihan parti 21 Dis ini.