awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lisa Surihani duta baharu UNICEF Malaysia

Bernama
Bernama
21/02/2017
14:56 MYT
Lisa Surihani duta baharu UNICEF Malaysia
Lisa Surihani akan menyokong pembelaan hak kanak-kanak di seluruh negara sejajar dengan pelantikan beliau sebagai duta baharu Unicef. - Gambar Instagram
Pelakon, Lisa Surihani akan menyokong pembelaan hak kanak-kanak di seluruh negara sejajar dengan pelantikan beliau sebagai duta baharu Malaysia untuk Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) hari ini.
Pelantikan itu diumumkan oleh wakil Unicef di Malaysia Marianne Clark-Hattingh, di sini.
Lisa memberitahu wartawan di majlis itu bahawa beliau sentiasa berminat dengan isu yang memberi kesan kepada kanak-kanak dan anak muda di Malaysia.
"Dan menjadi Duta Unicef memberikan peluang yang tepat untuk saya melibatkan diri secara peribadi," kata beliau.
Lisa berkata antara yang menarik minatnya ialah keperluan untuk pendidikan seksual menerusi media sosial dan menggesa tindakan komprehensif daripada pihak berkaitan untuk menangani isu ini.
"Dahulu, ibu bapa kita selalu akan memberitahu kita supaya tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali tetapi cabaran kini ialah kewujudan gajet dan platform media sosial," katanya.
Clark-Hattingh berkata Lisa akan terlibat di dalam mempromosi dan meletakkan ke hadapan hak kanak-kanak di Malaysia dan sejagat menerusi pelbagai inisiatif dan kempen Unicef.
"Sokongan beliau meliputi usaha ke arah menghapuskan segala bentuk keganasan dan penganiayaan terhadap kanak-kanak, integrasi kanak-kanak kurang upaya, penggunaan internet yang lebih selamat dan pendidikan awal kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lisa Surihani
#Marianne Clark-Hattingh
#UNICEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan