TIDAK SEMUA BERUS GIGI ULTRA HALUS ADALAH SAMA dan gigi yang putih tidak bermakna mulut yang sihat. Pastikan anda memiliki gusi yang sihat dengan berus gigi baru Oral-B Ultra Thin. Berus gigi Oral-B Ultra Thin mempunyai berus yang 100% tirus hingga 0.01mm bagi memastikan kejituan ketika membersih gigi dan gusi manakala kepala berus 25mm mencapai di bawah geraham untuk pembersihan maksimum. Berus gigiOral-B Ultra Thin telah terbukti secara klinikal untuk meningkatkan kesihatangusi – membersihkan gigi anda dan lembut pada gusi untuk member keyakinan yang lebih dengan senyuman yang menawan setiap masa! Warna gusi anda menentukan kesihatan gusi.Sekiranya gusi kelihatan pudar dan merah jambu, ia adalah sihat.
7258a.jpg
Kebanyakan rakyat Malaysia bimbang dengan kesihatan gusi mereka namun tidak mengetahui mereka bermasalah.Oleh itu, Oral-B, pakar kesihatan mulut telah meletakkan kepercayaan kepada lebih 50 tahun pengalaman mereka untuk melancarkan kempen kesihatan gusi dan bagaimana menangani masalah berkaitan dengan memilih berusgigi yang betul. Pelancaran itu, yang dihoskan oleh P&G Malaysia dengan sokongan Guardian Malaysia dan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia (MDA).
Dr Teh Tat Beng, Presiden MDA dan Dr Chow Kai Foo, Pakar Bedah dan Implan Pergigian turut hadir untuk berkongsi maklumat tentang cara dan amalan terbaik untuk menjaga kesihatan mulut. Turut hadir ialah pelakon terkenal yang juga duta jenama Oral-B, Lisa Surihani.

“Promosi dan kempen berterusan tentang kesihatan mulut secara umum adalah penting untuk memperkasakan masyarakat bagi mendapatkan kesihatan mulut yang optimum. Dengan ini, kempen Oral-B tentang kesihatan gusi adalah bertepatan kerana ia meningkatkan kesedaran dan menyampaikan mesej bahawa kesihatan gusi adalah sama penting dengan memiliki gigi yang putih.”
7329.jpg
“Memlilih berus gigi yang betul adalah penting untuk kesihatan gigi dan gusi. Berus Oral-B Ultra Thin terbukti secara klinikal untuk meningkatkan kesihatan gusi dengan berus yang 100% tirus; kepala berus yang kecil 25mm yang mencapai di bawah geraham untuk membersih dengan kawasan yang sukar dicapai dengan sempurna, serta berus teras yang kuat untuk menanggalkan plak.”

Berus Oral-B Ultra Thin baru boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka pada harga RM6.90.