awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Litar pintas punca kebakaran di Kampung Cina - Bomba

Bernama
Bernama
16/10/2022
22:30 MYT
Litar pintas punca kebakaran di Kampung Cina - Bomba
Dalam kebakaran kira-kira 8.15 malam pada 19 September lepas, sebanyak 12 bangunan termasuk kedai pakaian, emas dan kedai makan musnah. - Gambar fail/Astro AWANI
PERMAISURI: Litar pintas dikenal pasti sebagai punca kebakaran deretan rumah kedai di Kampung Cina, Kuala Terengganu pada September lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid.
Beliau berkata siasatan mendapati masalah pendawaian elektrik yang lama dan usang telah menyebabkan litar pintas seterusnya mengakibatkan kebakaran yang menyebabkan kerugian hampir RM2 juta.
"Ada antara premis disewa dan ada juga milik sendiri, jumlah kerugian RM2 juta manakala harta yang kita berjaya selamatkan dianggarkan RM1.2 juta," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini, semalam.
Beliau berkata justeru, pihaknya merancang untuk mengadakan taklimat menerusi townhall kepada penduduk Kuala Terengganu dalam masa terdekat bagi menerangkan kepentingan pendawaian baharu terutama di kawasan padat bagi mengelak tragedi tidak diingini daripada berlaku.
Menurutnya, pihak JBPM tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pemeriksaan berkaitan isu pendawaian di premis persendirian, oleh itu orang ramai perlu mempunyai kesedaran sendiri untuk memastikan aspek keselamatan di premis masing-masing.
"Bagi bangunan yang perlu kepada sijil perakuan bomba atau Fire Certificate (FC) atau sijil layak menduduki bangunan (CF), penguat kuasa kita boleh masuk dan periksa.
"Tetapi untuk premis persendirian kita cuma boleh nasihat supaya mereka lebih ambil berat soal keselamatan, sentiasa periksa keadaan pendawaian elektrik di rumah dan jika ada masalah perbaiki dan yang lama perlu diganti," katanya.
Dalam kebakaran kira-kira 8.15 malam pada 19 September lepas, sebanyak 12 bangunan termasuk kedai pakaian, emas dan kedai makan musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#litar pintas
#Kampung Cina Kuala Terengganu
#pendawaian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan