awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKAN akan dibentang secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2023
15:44 MYT
LKAN akan dibentang secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri
Mesyuarat turut membincangkan status pelaksanaan NACP 2019-2023 serta hala tuju pemerkasaan inisiatif antirasuah selaras dengan Perkara 5 dalam UNCAC. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang bermesyuarat hari ini bersetuju supaya Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dibentangkan secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tindakan susulan yang segera.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, ini bermula dengan LKAN tahun 2022 dengan format baharu lebih berstruktur dan diperkasa, dan akan dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN).
"JKKTN juga akan diperkasa untuk meneliti isu-isu kelemahan tata kelola melibatkan Badan Berkanun termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), subsidiari dan entiti yang mempunyai kepentingan Kerajaan.
"Had bilangan Lembaga Pengarah yang boleh dianggotai oleh seseorang penjawat awam melibatkan Badan Berkanun, subsidiari dan entiti yang mempunyai kepentingan Kerajaan juga akan dikaji semula bagi meningkatkan keberkesanan peranan penjawat awam dalam Lembaga Pengarah," kenyataan itu menyebut.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan status pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 serta hala tuju pemerkasaan inisiatif antirasuah selaras dengan Perkara 5 dalam United Nations Convention Against Corruption (UNCAC).
Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan kesinambungan NACP dengan satu strategi baharu di peringkat nasional yang dikenali sebagai Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti- Corruption Strategies, NACS).
Kerajaan akan terus komited untuk melaksanakan agenda pemerkasaan tata kelola sebaik mungkin bagi menyokong pembangunan negara dan memastikan setiap usaha Kerajaan adalah bebas daripada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Topic Berkaitan
#Ketua Audit Negara
#Rasuah
#NACP
#UNCAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan