awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKIM sedia 25 tan ikan tampung kekurangan pada musim tengkujuh

Bernama
Bernama
18/11/2018
23:00 MYT
LKIM sedia 25 tan ikan tampung kekurangan pada musim tengkujuh
LKIM menyediakan sejumlah 25 tan ikan sejuk beku segar di seluruh negara sebagai persediaan kekurangan bekalan itu sepanjang musim tengkujuh. -Gambar fail/wikipedia
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan sejumlah 25 tan ikan sejuk beku segar di seluruh negara sebagai persediaan kekurangan bekalan itu sepanjang musim tengkujuh.
Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata bekalan berkenaan disimpan secara sejuk beku termasuk di Tok Bali di sini, selain Terengganu dan Pahang.
"Ia akan diedarkan ke pasar-pasar bagi menampung kekurangan bekalan tersebut sepanjang musim tengkujuh berikutan nelayan tidak dapat turun ke laut pada musim berkenaan.
"Kaedah ini juga diharap dapat mengekang kenaikan harga ikan di pasaran pada musim tersebut," katanya selepas mengadakan kunjungan ke Pelabuhan LKIM Tok Bali, pada Ahad.
Beliau berkata simpanan itu dijamin mencukupi bagi keperluan selama empat bulan sepanjang musim tengkujuh dan akan ditambah dari semasa ke semasa jika tidak mencukupi.
Katanya bekalan tersebut terutama ikan kembung akan dijual dengan harga berpatutan dan tidak akan membebankan pengguna di samping kualitinya dijamin kerajaan.
"Ikan-ikan itu yang diuruskan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan dijual dengan harga RM10 sebungkus," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan sejuk beku segar
#kekurangan bekalan
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#LKIM
#Muhammad Faiz Fadzil
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan