KUALA LUMPUR: Cuti persekolahan dan cuti umum sempena sambutan Krismas dimanfaatkan sebaiknya oleh orang ramai untuk mengunjungi tempat-tempat popular dan ikonik sekitar ibu kota, yang secara tidak langsung menyebabkan pertambahan jumlah kenderaan di beberapa jalan di sini.
Tinjauan Bernama mendapati lokasi tumpuan pelancong seperti di Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara, KLCC dan Menara Kuala Lumpur 'diserbu' sejak awal pagi oleh pengunjung yang membawa bersama anak-anak mereka untuk bersiar-siar.
Beberapa pusat beli-belah utama dan kawasan perniagaan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga padat dengan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan tertentu pada harga promosi sempena jualan akhir tahun.
Perkara sama turut berlaku di stesen-stesen perkhidmatan rel seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel yang kelihatan sesak terutama golongan muda yang lebih selesa memilih perkhidmatan awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
Bagi Mazri Ishak, 33, dari Muar, Johor berkata dia memilih untuk bercuti di ibu negara bersama isteri serta anak-anak, dan membawa mereka ke tempat ikonik seperti ke Zoo Negara dan Planetarium Negara.
"Sambil singgah ziarah saudara mara yang ada di Lembah Klang, kami ambil peluang membawa anak-anak ke tempat-tempat menarik yang dapat memberi pengetahuan secara tidak langsung kepada anak-anak seperti Planetarium Negara.
"Saya juga sempat membawa keluarga menaiki bas dua tingkat, KL Hop-On Hop-Off bagi meneroka keindahan pusat bandar raya pada waktu malam," katanya yang bertugas sebagai guru.
Sementara itu, seorang peniaga restoran, Amru Ishak, 40, dari Ampang berkata melihatkan kekurangan pelanggan sejak dua hari lepas, dia tidak melepaskan peluang untuk membawa anaknya bersiar-siar di Taman Burung.
"Saya baru buat keputusan semalam untuk datang sini selepas melihat trend pelanggan kurang ke restoran sejak kelmarin. Mungkin sebab ramai yang sudah keluar dari Kuala Lumpur untuk bercuti atau balik kampung.
"Walaupun ia hanya sekejap dan tidak bercuti luar dari Lembah Klang, ia sudah memadai dan cukup untuk menghilangkan bosan anak-anak saya," katanya.
Pemandu kenderaan e-hailing, Mohd Azril Ahmad, 38, mengakui tempahan pengguna yang menggunakan perkhidmatan itu di sekitar ibu negara meningkat sehingga dua kali ganda berbanding hari biasa.
"Jika waktu cuti umum yang panjang, anggaran untuk pemandu e-hailing boleh dapat trip (tempahan) sehari antara 25 hingga 30 trip dengan komisen kasar boleh mencecah sehingga RM500 sehari.
"Walaupun perkhidmatan e-hailing agak tinggi berikutan permintaan sangat ramai ketika ini, tapi pelanggan masih memilihnya kerana selesa, tanpa perlu fikir parkir dan tidak perlu transit ke mana-mana tempat berbanding menggunakan pengangkutan awam lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
Lokasi tumpuan pelancong seperti di Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara, KLCC, The Exchange TRX dan Menara Kuala Lumpur 'diserbu' sejak awal pagi oleh pengunjung. - Bernama
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Tokong lebih satu abad, antara tumpuan pengunjung sempena Tahun Baharu Cina
Tokong Sin Sze Si Ya antara lokasi tumpuan masyarakat Cina serta pelancong asing dan tempatan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Lokasi popular ibu negara jadi tumpuan sempena cuti umum
Lokasi tumpuan pelancong seperti di Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara, KLCC dan Menara Kuala Lumpur 'diserbu' sejak awal pagi oleh pengunjung.
Bursa Malaysia ditutup pada 25 Disember 2023 dan 1 Januari 2024
Bursa Malaysia Bhd akan ditutup pada Isnin 25 Dis, 2023 sempena cuti umum Hari Krismas serta Isnin, 1 Jan 2024 sempena Tahun Baharu 2024.
45,000 disasar kunjungi taman dinosaur keenam Malaysia
Dr Anir Syazwan berkata beliau yakin taman tema dinosaur itu bakal mencetuskan fenomena baharu dalam menarik kehadiran pelancong selari inisiatif Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.
Cuti umum 20 Feb di Melaka, SPM tetap diteruskan
Empat kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diadakan pada 20 Feb tahun depan akan diteruskan mengikut jadual.
Deepavali: Kerajaan belum bincang beri pengecualian bayaran tol
Kerajaan belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan pengecualian bayaran tol sempena Deepavali yang bakal diraikan hujung minggu ini.
Taliban isytihar hari terakhir pengunduran tentera AS di Afganistan sebagai cuti umum
Keputusan Majlis Menteri-menteri itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh pejabat pentadbiran pemerintahan sementara Taliban.
Kedah umum cuti peristiwa 5 Feb sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Feb ini bersempena sambutan Thaipusam.
Cuti umum, cuti sekolah punca kesesakan di Pejabat Imigresen KL, Putrajaya
Kesesakan luar biasa yang berlaku di pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini, adalah berpunca daripada penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh Selangor
PM ke-10: Anwar isytihar Isnin ini cuti umum
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini cuti umum.