awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global

Bernama
Bernama
18/11/2024
21:45 MYT
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Berucap pada Persidangan Logistik, Maritim dan Penerbangan Asia (ALMAC) di Hong Kong, beliau menyentuh mengenai kepentingan strategik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dalam mengukuhkan rangkaian perdagangan antarabangsa.
"Bersama-sama, kita boleh mewujudkan rangkaian kargo udara yang membantu meningkatkan aliran perdagangan, memberi manfaat bukan sahaja kepada ekonomi malah untuk rantaian bekalan global," katanya sambil menyentuh mengenai peranan penting Malaysia dalam ekosistem logistik serantau dan dunia.
"Peranan Malaysia dalam ASEAN dan infrastruktur pengangkutan yang bertaraf dunia menjadikannya pintu masuk untuk perdagangan antarabangsa," katanya sambil menambah bahawa pelabuhan, lapangan terbang dan rangkaian kereta api Malaysia direka untuk menyokong keterhubungan yang lancar selain memacu pertumbuhan ekonomi serantau serta global.
Beliau berkata, komitmen Malaysia untuk memupuk kerjasama dalam perdagangan memperlihatkan keyakinan Malaysia dan mengulangi kesediaan bekerjasama dengan rakan kongsi serantau serta global bagi mengukuhkan rangkaian logistik, meningkatkan kesalinghubungan dan menggalakkan pembangunan ekonomi yang inklusif.
"Dalam dunia yang saling berhubung, membina perkongsian yang kukuh ialah kunci untuk memastikan pertumbuhan dan daya tahan yang mampan dalam menghadapi cabaran global," kata Loke.
ALMAC kali ini bertemakan "Shaping the Future of Supply Chains: Resilience and Sustainbility", menghimpunkan pemimpin industri untuk membincangkan arah aliran baharu muncul, termasuk pendigitalan, kemampanan dan daya tahan.
Acara itu menumpukan mengenai kepentingan kerjasama serantau dalam memajukan industri logistik global. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Pengangkutan Anthony Loke
#hab kargo udara dua hala
#Malaysia
#Hong Kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan