KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datuk Lokman Noor Adam supaya memadam kesemua hantaran berunsur fitnah membabitkan Ketua Hakim Syarie Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam Facebook dan YouTube milik bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, dalam tempoh 24 jam bermula hari ini.
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Mohd Na'im ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan Mohd Na'im dalam kes samannya terhadap Lokman.
Dalam saman fitnah yang difailkan pada 17 Jan lepas, Mohd Na'im selaku plaintif memohon suatu perintah injunksi supaya defendan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu.
Akberdin berkata mahkamah membuat keputusan itu dalam prosiding secara dalam talian (Zoom).
"Anak guam saya memperoleh perintah injunksi interim bagi menghalang defendan (Lokman) atau wakilnya daripada menerbitkan semula hantaran berkenaan dalam apa jua cara sekali pun," katanya menambah mahkamah menetapkan 7 Feb untuk pendengaran injunksi inter-parte (antara pihak).
Mohd Na'im, 54, selaku plaintif memfailkan saman atas kapasiti peribadi dengan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang 'Datin.'
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Na'im yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mendakwa Lokman telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook 'Lokman Noor Adam Official' pada 10 Jan dan 13 Jan lepas.
Mohd Na'im mendakwa defendan juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing pada 10 Jan dan 14 Jan selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebook milik defendan pada 11 Jan dan 13 Jan lepas.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin yang berkredibiliti dengan akhlak yang terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.
Menurut plaintif, satu laporan polis telah dibuat pada 12 Dis tahun lepas bagi menafikan dakwaan dan tuduhan palsu Datin terbabit terhadapnya dan beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Lokman agar pihak polis membuat siasatan berhubung tindakan defendan.
Plaintif berkata notis tuntutan bertarikh 13 Jan lepas dikeluarkan terhadap defendan supaya menarik balik kenyataan fitnah serta memadamkan hantaran di Facebook selain memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam namun sehingga hari ini, defendan tidak mengendahkan laporan polis dan notis itu.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing berjumlah RM10 juta, faedah, serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Lokman (gambar) didakwa memfitnah Mohd Na'im menerusi dua siaran langsung di Facebook 'Lokman Noor Adam Official' pada 10 Jan dan 13 Jan lepas. - Gambar fail

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Pertama kali dalam sejarah, Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bakal dikendali pengadil wanita
Tiga pengadil wanita serta tiga pembantu pengadil wanita akan ditugaskan sepanjang acara dari 21 November hingga 18 Disember 2022.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Mahkamah tolak permohonan penghakiman ingkar Ketua Hakim Syarie terhadap Lokman Adam
Permohonan penghakiman ingkar itu ditolak oleh Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris semalam.

Gagal fail pembelaan, Mohd Na'im mohon penghakiman ingkar terhadap Lokman Adam
Lokman selaku defendan gagal memfailkan pernyataan pembelaan selepas tempoh pemfailan itu dilanjutkan sehingga 11 Februari lepas.

Lokman Adam telah padam hantaran fitnah terhadap Mohd Na'im di media sosial
Datuk Lokman Noor Adam telah memadam kesemua hantaran berunsur fitnah terhadap Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Na'im Mokhtar berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam FB dan YouTube.

Isu vaksin: Khairy saman Lokman Adam, Abu Syafiq
Penerbitan fitnah itu menyebabkan reputasi dan integritinya terjejas teruk serta mengurangkan kepercayaan serta keyakinan orang ramai.

Lokman Adam diarah padam hantaran fitnah babitkan Ketua Hakim Syarie dalam tempoh 24 jam
Hakim membenarkan permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan Mohd Na'im dalam kes samannya terhadap Lokman.

Dakwaan gangguan seksual: Ketua Hakim Syarie fail saman fitnah RM30 juta terhadap Lokman Adam
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, mencalarkan imej, menjatuhkan maruah dan merendahkan statusnya di mata masyarakat umum.

Hakim kanan ambil tindakan undang-undang ke atas Lokman Adam
Hakim kanan ambil tindakan undang-undang ke atas Lokman Adam

SPRM buka kertas siasatan projek tambak laut di Melaka
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuka satu kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka yang dipercayai berlaku kegiatan rasuah.

Lokman Adam didakwa sebar berita tidak benar mengenai vaksin, virus COVID-19
Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai vaksin dan virus COVID-19.

Lokman Adam diterima semula sertai UMNO dengan syarat - Tajuddin
Perkara itu disahkan oleh Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, seperti dilapor Berita Harian.