MALAYSIA
Lokman Adam didakwa Khamis

LOKMAN: Saya dikatakan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang akan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah esok (Khamis) berikutan insiden melibatkan beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) yang dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Facebooknya, Lokman mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, beliau menerima surat pertuduhan tersebut pada hari ini (Rabu) dan diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 9 pagi esok (Khamis).
Tambahnya, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Datuk Mutalif Abdul Rahim serta dua individu lain juga bakal berdepan pertuduhan berkaitan kes tersebut.
"Saya dikatakan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang akan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan di mana kononnya saya telah mendatangkan kecederaan (kepada salah seorang mahasiswa)," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami