KUALA LUMPUR: Tindakan ahli politik melompat parti tidak menjadi satu kesalahan di negara ini melainkan melibatkan pembayaran wang oleh pihak tertentu.
Demikian tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ketika mengulas gesaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini.
Menurut beliau, mana-mana pemimpin dan ahli politik bebas melompat parti mengikut pendirian mereka berikutan tiada undang-undang yang melarang mereka daripada berbuat demikian.
"(Lagipun) Akta Anti Lompat Parti tidak wujud lagi, jadi sebab itu saya tidak mahu komen sangat.
"Ini bukan satu kesalahan dan terdapat juga mereka keluar parti jadi hebat, itu bukan satu kesalahan di negara kita," katanya dalam sidang media Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) di ibu negara pada Selasa.
SPRM, bagaimanapun, tegas Azam, akan menyiasat sekiranya wujud amalan rasuah susulan tindakan ahli politik melompat parti.
"Kalau mereka yang kita siasat kebanyakan mereka yang meraih sokongan dan dikatakan membayar wang, itu kita siasat dibawah Akta Pilihan Raya, macam kes Ahli Parlimen Sekijang (PKR), Natrah Ismail baru-baru ini pun kita dah siasat dan tiada kes.
"Tidak ada pembayaraan yang dikatakan bernilai RM10 juta seperti disebut-sebut banyak pihak," katanya lagi.
Jumaat lalu, Abdul Hamid dalam satu sidang media mengesa SPRM untuk menyiasat dakwaan unsur rasuah berkaitan ahli politik bertindak melompat parti bagi mendapatkan habuan.
Dakwa beliau, terdapat rasuah berlaku dalam politik termasuk amalan 'membeli' pemimpin lain serta mengugut individu yang enggan 'dibeli'.
Fareez Azman
Tue May 04 2021

Datuk Seri Azam Baki berkata, tindakan melompat parti oleh pemimpin politik tidak menjadi satu kesalahan di negara ini, melainkan jika wujud rasuah di sebalik tindakan itu. - Gambar fail

Konsep 'Malaysia Madani' bukan retorik atau slogan semata-mata - Wan Azizah
Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jangan susahkan rakyat ketika berkuasa - Anwar
Anwar mengingatkan pemimpin supaya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Lawatan Rasmi | Projek RTS antara yang akan dibincangkan bersama Singapura – Zambry
Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang akan menghubungkan Johor ke Singapura akan menjadi antara topik perbincangan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura pada Isnin.

Pemilihan UMNO | Bermula Rabu di semua cawangan dan bahagian
Pemilihan UMNO bermula Rabu depan, tetap dilaksanakan di semua cawangan dan bahagian, walaupun ada bahagian yang digantung.

Pukul Isteri | Suspek direman empat hari, positif methamphetamine
Lelaki yang memukul isterinya dalam video tular sejak dua hari lalu direman empat hari bermula hari ini hingga 1 Februari bagi membantu siasatan. Suspek 35 tahun yang juga suami kepada mangsa ditahan polis sekitar jam 2.30 petang Jumaat.

Air Laut Pasang | Kampung tepi pantai diancam hakisan
Air laut pasang dan angin kuat menyebabkan beberapa rumah penduduk di Kampung Pantai Damak, Bachok dimasuki air laut.

Hujan berterusan diramal landa pantai timur, selatan tanah air, Sabah hingga Isnin
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, KB, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.

Tiada keperluan doktor khas iringi Azizulhasni - PKBM
Datuk Amarjit Singh berkata, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni.

Pantau Kerajaan Baharu: Lawatan rasmi PM ke Singapura 30 Januari
Pantau Kerajaan Baharu kali ini bersama Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed bagi membincangkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura esok (30 Januari).

Belasungkawa | PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Sri Ram Gopal yang meninggal dunia pada Ahad. Anwar dalam satu ciapan di Twitter berharap agar urusan keluarga mendiang dipermudahkan dan mereka diberikan kecekalan berdepan saat ini.

'Sedekah' pilihan raya kepada pengundi tetap rasuah - Azam Baki
Azam berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya.

HARA 2022: Semua pihak perlu bekerja sebagai satu pasukan tangani rasuah - Azam Baki
Semua pihak termasuk wakil media, sektor awam dan swasta perlu bekerja dalam satu pasukan bagi memerangi rasuah di negara ini.

Isu RM600 bilion: 'Tiada apa yang disorok, saya akan bekerjasama' - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dirinya tidak mendapat sebarang panggilan daripada SPRM mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion.

Isu dana RM600 bilion: SPRM buka kertas siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Isu ugut Azam Baki: Tiada laporan terhadap Rafizi - Hamzah
PDRM tidak menerima sebarang laporan berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang dikatakan mengugut Ketua Pesuruhjaya (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

PRU15: Kenyataan Rafizi terhadap Azam bersifat angkuh, sombong
Ia juga memperlihatkan watak pemimpin Pakatan Harapan itu sebagai cubaan mendera anggota perkhidmatan awam.

PRU15: Amaran Rafizi terhadap Azam Baki adalah ugutan terhadap penjawat awam - Faizal Azumu
Tindakan Rafizi Ramli memberi amaran kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM bahawa PH akan 'mencarinya' jika menang PRU15 adalah satu ugutan terbuka.

PRU15: 'Bukan serbuan tapi siasatan biasa di pejabat Rafizi' - SPRM
SPRM sahkan telah mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd yang diasaskan Rafizi Ramlis sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung aset milik Timbalan Presiden PKR itu

PRU15: SPRM terima 11 aduan salah guna kuasa, rasuah setakat ini - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 11 aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula Sabtu lepas.

Projek tebatan banjir: SPRM semak dakwaan Rafizi
SPRM akan menyemak dakwaan laporan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung projek tebatan banjir yang dibuat selepas pembubaran Parlimen.