KUALA LUMPUR: Dalam keadaan sekarang, kelonggaran terutama dari aspek undang-undang dan perlesenan perlu dipraktikkan terutama kepada peniaga kecil yang teruk terjejas.
Pada waktu sukar ini, semua pihak terutamanya kerajaan, pihak swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu membantu rakyat yang kini semakin dihimpit tekanan.
Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan PERKESO, Prof Madya Mohd Yusof Saari berkata, sepatutnya pada waktu ini, isu lesen dan perkara lain yang boleh menghadkan perniagaan tidak perlu diberi tumpuan.
“Kalau pada ketika ini, motifnya adalah untuk membantu orang untuk menyara hidup harian mereka. Kita kalau pada waktu itulah fikir pasal lesen tiada, itu tiada, ini tiada, maka kita sedang membunuh mata pencarian orang itu.
“Jadi apa pilihan yang orang ada? Nak kerja pun tak boleh, sebelah kakinya diikat. Lama-lama apa yang ada?” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Justeru, selepas melihat pelbagai aspek, beliau berpendapat perkara terbaik boleh dilakukan sekarang adalah dengan membuka sektor ekonomi namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Perkara lebih baik untuk ketiga-tiga pihak, kerajaan, peniaga, pihak isi rumah atau pekerja adalah dengan membenarkan sektor-sektor ekonomi dibuka dan perlu dibuka secara berhati-hati.
“Ia juga perlu menggunakan maklumat data sains dan analisis yang lebih tepat. Kalau boleh perkongsian data itu perlu dilakukan supaya kita boleh melihat bagaimana menggunakan data itu untuk melihat dari aspek kesihatan dan ekonomi secara langsung,” ujarnya.
Tambahnya, selain kesihatan, ekonomi juga perlu diberi keutamaan dalam perancangan kerajaan pada masa akan datang.
Ridauddin Daud
Sun Jul 18 2021
Pada waktu sukar ini, semua pihak terutamanya kerajaan, pihak swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu membantu rakyat yang kini semakin dihimpit tekanan. - Gambar Hiasan
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Pembinaan 7,243 MyKiosk dalam tempoh dua tahun ubah nasib lebih 7,000 keluarga - Nga
Inisiatif MyKiosk itu telah membantu 7,243 keluarga meningkatkan pendapatan serta memperkasakan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, apabila sentimen pasaran didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.4765/4820 berbanding unit negara maju daripada 4.4715/4780 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Yayasan PEKEMA lancar program Charity BOX, nafas baharu kepada aktiviti kebajikan
Dalam program berkenaan sumbangan berjumlah RM40,900 disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) kerana peniaga dan pelabur kekal berjaga-jaga menjelang pilihan raya presiden AS, kata seorang penganalisis.