KUALA TERENGGANU: Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mahu longgokan kayu di sekitar Tasik Kenyir yang hanyut akibat banjir luar jangka pada Februari lalu dikeluarkan segera dari kawasan pelancongan popular itu.
Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.
Ujar Razali, situasi berkenaan pastinya membahayakan pengunjung yang bertandang ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.
"Kita masih menunggu Pejabat Perhutanan untuk kita keluarkan kerana ada SOP-nya, jadi kita keluarkan apabila Pejabat Perhutanan beri kebenaran.
"Apa pun, kita kena keluarkan cepat sebab ikatan itu tak kuat sangat, jika sekiranya ada kepala air yang agak ganas, maka akan tercabut balik dan berbahaya kepada pelancong," kata Razali.
Kata Razali lagi, Ketengah telah melakukan kerja-kerja pembersihan kayu hanyut itu dengan mengikatnya di sepanjang 5 kilometer (km) laluan dari Sungai Petang hingga ke Santuari Kelah.
Justeru, pihaknya memohon Pejabat Perhutanan memberi keputusan segera untuk mengelakkan risiko dan insiden yang tidak diingini berlaku.
Bencana banjir yang melanda akhir Februari lalu menyaksikan daerah Hulu Terengganu paling teruk terjejas.
Hujan lebat mencecah 1,000 milimeter dan gelinciran tanah menjadi punca berlakunya banjir puing di kawasan Sungai Terengganu berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir.
Nur Fazlizai Ali
Sat Apr 16 2022
Ketengah mahu longgokan kayu di sekitar Tasik Kenyir yang hanyut akibat banjir luar jangka pada Februari lalu dikeluarkan segera dari kawasan pelancongan popular itu. -Astro AWANI
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Waspada guna AI untuk jenayah - Pakar
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja boleh memudahkan tugasan harian.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Suspek ahli Jemaah Islamiyah, serangan telah dirancang - KPN
Suspek yang berusia 34 tahun itu sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
[TERKINI] Serangan balai polis: Tidak logik buat laporan 2 pagi - IGP
Sebelum kejadian tembak-menembak di Balai Polis Ulu Tiram berlaku.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Anggota balai pada jam 2:30 pagi dipercayai sedang menerima aduan di kaunter oleh dua suspek lelaki dan perempuan berumur 21 dan 22 tahun, atas sebuah kes dua tahun lepas.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
[TERKINI] Serangan balai polis: Polis sahkan suspek ahli Jemaah Islamiyah
Polis sahkan suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Terengganu sasar 300,000 pelancong bercuti di tasik Kenyir tahun ini
Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.
Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".
Pengusaha bot laju kesal khabar angin konon Empangan Kenyir pecah
Ia susulan penularan berita kononnya Empangan Kenyir akan pecah kerana menerima taburan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar.
Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir - Exco
Sulaiman berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu difahamkan telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran dilaporkan.
Tasik Kenyir dijangka diisytihar sebagai Taman Geo tahun depan
Beberapa agensi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan dokumen diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.
Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.
Tasik Kenyir bakal tawarkan pakej percutian mewah penginapan rumah bot moden
Ketengah bakal menjadi perintis kepada pakej pelancongan mewah menggunakan rumah bot yang moden dan eksklusif di Tasik Kenyir.
Ketengah perintis pakej percutian rumah bot mewah di Tasik Kenyir
Langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi nama Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dengan pilihan pakej percutian lebih privasi.
Longgokan kayu di Tasik Kenyir undang risiko bencana - Ketengah
Walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.
TNB jangka Stesen Janakuasa Sultan Mahmud kembali beroperasi hujung tahun ini
SJSM dihenti tugas sementara berikutan menara penghantaran voltan tinggi 132kV tumbang pada 27 Februari 2022.