KUALA BERANG: Kerajaan Terengganu berharap hasrat menjadikan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo dapat direalisasikan tahun depan, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Sulaiman Sulong.
Sulaiman berkata kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan dokumen diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut daripada badan yang bertanggungjawab.
Beliau berkata usaha tersebut telah dilakukan sejak 2015 namun tertangguh disebabkan beberapa faktor teknikal dan penerimaan masyarakat setempat terhadap langkah berkenaan.
"Kita sedang dalam proses untuk pemasyhuran (Tasik Kenyir sebagai Taman Geo), di peringkat teknikal kita ada jawatankuasa induk dan di peringkat kerja pun ada jawatankuasanya.
"Kita harap Tasik Kenyir dapat diisytihar sebagai Taman Geo negara tahun depan, malah kita juga akan berusaha lebih gigih untuk jadikan ia setaraf dengan Langkawi Geopark dan taman lain seumpamanya yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penutup kursus asas jurupandu Taman Geo yang dianjurkan selama tiga hari dan disertai 30 penggiat pelancongan di negeri ini di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir dekat sini petang semalam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu Habibah Tahir.
Sulaiman berkata kerajaan negeri komited mendapatkan pengiktirafan tersebut untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Terengganu selain memelihara khazanah serta kelestarian alam semula jadi di sekitar kawasan Tasik Kenyir.
"Rakyat perlu difahamkan bahawa pengisytiharan Tasik Kenyir sebagai Taman Geo bukan satu beban kepada mereka, bahkan suatu peluang yang perlu diraih bersama.
"Kesannya akan dapat dinikmati rakyat Terengganu terutama penduduk tempatan yang bakal mendapat lebih manfaat melalui kewujudan peluang pekerjaan, aktiviti ekonomi dan pelancongan," katanya.
Menurut Sulaiman, pengisytiharan itu juga akan menarik minat masyarakat dari dalam dan luar negeri untuk meneroka tinggalan sejarah seperti manusia purba, 'Bewah Man' yang ketika ini hanya popular dalam kalangan penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Usaha tersebut telah dilakukan sejak 2015 namun tertangguh disebabkan beberapa faktor teknikal. - Foto fail/Astro AWANI
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Projek Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang beri manfaat ekonomi kepada Terengganu
Pelaksanaan projek Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang bakal memberi manfaat kepada rantaian ekonomi negeri.
Terengganu sasar 300,000 pelancong bercuti di tasik Kenyir tahun ini
Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.
Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".
Pengusaha bot laju kesal khabar angin konon Empangan Kenyir pecah
Ia susulan penularan berita kononnya Empangan Kenyir akan pecah kerana menerima taburan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar.
Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir - Exco
Sulaiman berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu difahamkan telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran dilaporkan.
Tasik Kenyir dijangka diisytihar sebagai Taman Geo tahun depan
Beberapa agensi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan dokumen diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.
Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.
Tasik Kenyir bakal tawarkan pakej percutian mewah penginapan rumah bot moden
Ketengah bakal menjadi perintis kepada pakej pelancongan mewah menggunakan rumah bot yang moden dan eksklusif di Tasik Kenyir.
Ketengah perintis pakej percutian rumah bot mewah di Tasik Kenyir
Langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi nama Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dengan pilihan pakej percutian lebih privasi.
Longgokan kayu di Tasik Kenyir undang risiko bencana - Ketengah
Walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.