PUTRAJAYA: Kes lori yang dilaporkan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana membawa muatan berlebihan, adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah.
JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarikat pengangkutan terlibat perlu menyelesaikan proses berkaitan dengan mahkamah berdasarkan prosedur yang ditetapkan Seksyen 57 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Merujuk kepada laporan bertajuk 'Pemandu terus buntu, JPJ masih sita lori walau kompaun sudah dibayar' yang diterbitkan portal berita semalam, menurut kenyataaan itu: "Dimaklumkan juga bahawa keputusan kes bagi tindakan berkenaan adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak mahkamah."
Menurut laporan tersebut, sekumpulan pemandu kenderaan berat buntu selepas lori milik mereka masih belum dilepaskan daripada sitaan JPJ sejak sembilan bulan lepas hingga menyebabkan masing-masing hilang punca pendapatan.
Rata-rata pemandu yang ditemui menurut laporan tersebut mendakwa mereka telahpun melangsaikan kompaun atas kesalahan membawa lebih muatan.
JPJ memaklumkan pihaknya melaksanakan tindakan tegas menyita kenderaan berat milik sekumpulan pemandu lori kerana mereka didapati membawa muatan melebihi 70 sehingga 140 peratus had dibenarkan.
Menurut kenyataan JPJ itu kenderaan berat yang dilesenkan untuk membawa muatan adalah tidak dibenarkan melebihi had berat mengikut kapasiti teknikal yang ditetapkan.
"Kenderaan berat yang membawa lebih muatan atau berbahaya berisiko kepada kemalangan maut akibat kegagalan fungsi brek dan kegagalan teknikal kenderaan, selain ia mengakibatkan kerosakan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan kenderaan lain," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam penguatkuasaan undang-undang bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
JPJ memaklumkan pihaknya melaksanakan tindakan tegas menyita kenderaan berat milik sekumpulan pemandu lori kerana mereka didapati membawa muatan melebihi 70 sehingga 140 peratus had dibenarkan. - Gambar fail/BERNAMA
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
G42, Microsoft akan lancar dua pusat AI di Abu Dhabi
Kedua-dua pusat itu dibina berdasarkan kerja yang dilaksanakan Microsoft dan G42 untuk melaksanakan piawaian dan amalan AI Bertanggungjawab.
Risiko bankrap: Usah mudah percaya sesiapa walau orang terdekat
Walaupun kini bebas, segala derita yang diharungi akibat tindakan individu yang amat dipercayai, masih tersemat dalam ingatannya hingga hari ini.
Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Nanta berkata Eversendai merupakan satu-satunya syarikat pembinaan Malaysia mencipta rekod dunia dan pencapaian penting dalam industri pembinaan.
Peralihan kerajaan: Badan Parlimen Indonesia lulus perbelanjaan lebih tinggi
Jawatankuasa Bajet Parlimen Indonesia meluluskan peningkatan perbelanjaan untuk kerajaan bakal Presiden Prabowo Subianto, yang akan mula memegang jawatan bulan depan.
Banjir Eropah Tengah: 22 maut, penduduk diarah berpindah
Seramai 22 orang terbunuh selepas banjir besar melanda bandar bersejarah Wroclaw di Poland, pada Selasa.
Seorang maut akibat gigitan ular setiap 4-6 minit di seluruh dunia
Kesan kesihatan awam terbesar gigitan ular berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana dalam persekitaran tropika dan subtropika.
Pengerusi ASEAN 2025: PM mahu persediaan mantap, menyeluruh
Setiap kementerian perlu melakukan persediaan mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
Letupan Lubnan: A.S sedang kumpul maklumat - Jurucakap
Amerika Syarikat sedang mengumpul maklumat selepas sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan kira-kira 2,750 cedera apabila peranti kelui atau pager yang digunakan oleh Pejuang Hizbullah meletup secara serentak di seluruh Lubnan, pada Selasa.
Alat komunikasi meletup: Hizbullah ikrar tindak balas terhadap Israel
Kumpulan Hizbullah berjanji untuk bertindak balas terhadap Israel selepas menuduh rejim Zionis itu meletupkan alat kelui di seluruh Lubnan pada Selasa.
RXZ Members 6.O: JPJ ingatkan penganjur, peserta patuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa
Peserta diingatkan supaya mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagaimana dipersetujui antara kedua-dua pihak sebelum ini.
JPJ sita 21 MPV mewah, salah guna LKM tawar khidmat kereta sapu
JPJ menyita 21 kenderaan MPV mewah yang digunakan bagi menjalankan khidmat kereta sapu menerusi Operasi Khas Kenderaan Sapu.
JPJ KL kutip RM428,850 menerusi lelongan 253 kenderaan sita tahun ini
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengutip RM428,850 menerusi dua siri lelongan melibatkan 253 kenderaan sita pada tahun ini.
JPJ tambah baik kualiti perkhidmatan di kaunter bermula Isnin ini
JPJ akan melaksanakan empat penambahbaikan bermula Isnin ini khususnya melibatkan perkhidmatan di kaunter di seluruh negara.
JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya pada Isnin.
Kerajaan tidak akan sambung konsesi Puspakom yang tamat 31 Ogos ini - Anthony Loke
Puspakom tidak ditutup, masih boleh beroperasi seperti biasa cuma perlu bersaing dengan pemain industri yang lain kerana tiada lagi hak eksklusif untuk mereka.
JPJ tambah 1 jam waktu operasi kaunter di KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah waktu pengoperasian kaunter selama satu jam di beberapa negeri terpilih berkuat kuasa Isnin ini, bagi memudahkan urusan pelanggan.
JPJ perincikan sistem, penyelarasan peralihan lesen B2, B1 kepada B
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya sedang meneliti perkara berkenaan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.
JPJ laksana penggantian kamera AwAS selari perubahan teknologi
JPJ sedang melaksanakan penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) melibatkan kamera sedia ada secara berfasa.
RM2.5 juta elaun kerja 'overtime' diperuntukkan kepada penguat kuasa JPJ
Kementerian Pengangkutan memperuntukkan RM2.5 juta untuk elaun kerja tambahan masa kepada lebih 2,000 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara tahun ini.