Seorang kanak-kanak berusia dua tahun nyaris maut apabila lori sayur yang dipandu bapanya terbabas ke gaung berhampiran Kea Farm, Jalan Besar, di sini, pada Ahad.
Bapanya Woo Hon Meng, 36, bagaimanapun maut di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku sekitar pukul tiga petang itu.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Hasadid A Hamid berkata kejadian berlaku apabila lori sayur yang dipandu mangsa dari arah pekan Brinchang menuju ke Ulu Tenom hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Menurut beliau, brek kenderaan mangsa dipercayai tidak berfungsi berdasarkan kesan geseran di lokasi kejadian.
"Ketika sampai di sebuah jalan sempit lurus dan curam, dipercayai brek kenderaan mangsa tidak berfungsi lalu melanggar bahagian kanan dan kiri tebing bukit beberapa kali.
"Sejurus selepas itu, kenderaan mangsa telah terjunam ke gaung setinggi 15 hingga 18 meter ke sebuah kebun sayur, namun tidak melibatkan mana-mana kenderaan lain selain kanvas pelindung sayur," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Hasadid, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
Tambahnya, anak mangsa mengalami pendarahan di mata kanan, luka bibir dan badan selain patah tangan kanan berikutan insiden itu dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhamad Haziq Hazmi berkata pihaknya menerima panggilan jam 3.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Kami memeriksa keadaan mangsa dan mendapati pemandu lori itu tersepit di tempat duduk pemandu dan telah meninggal dunia.
"Kami kemudiannya menggunakan pemotong hidraulik untuk memotong kerangka lori berkenaan bagi mengeluarkan kanak-kanak kecil itu," katanya lagi.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Nov 21 2016
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun nyaris maut apabila lori sayur yang dipandu bapanya terbabas ke gaung sedalam 9 meter berhampiran Kea Farm, Jalan Besar, di sini, pada Ahad. -Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Agong berkenan sempurna majlis pecah tanah tapak surau IPD Cameron Highlands
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah tapak surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands di Brinchang.
Suami isteri ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik air
Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah rumah di Taman Puncak Tringkap, Brinchang pagi tadi.
Melancong sambil mencuri, enam individu termasuk tiga wanita ditahan
'Melancong sambil mencuri' merupakan taktik enam individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata.
Aktivis, ahli pasukan ekspedisi Everest 97, Ramakrishnan meninggal dunia
Penggemar aktiviti pendakian hari ini dikejutkan dengan pemergian aktivitis alam sekitar yang juga ahli pasukan misi menawan Gunung Everest 1997 R.Ramakrishnan.
Segera bina jalan alternatif atasi kesesakan di Cameron Highlands - Tengku Abdullah
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu jalan alternatif menghubungkan Habu dengan Tringkap di sini, dibina secepat mungkin.
Lapan kedai hangus dijilat api di Kea Farm, kerugian dianggar RM500,000
Kejadian yang berlaku di kawasan tumpuan ramai sekitar jam 12 tengah malam itu turut melibatkan kedai-kedai cenderamata dan sayuran serta sebuah restoran.
Lori masuk gaung: Bapa maut, anak 2 tahun terselamat
Kejadian berlaku apabila lori sayur yang dipandu mangsa dari arah pekan Brinchang menuju ke Ulu Tenom hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Seorang cedera, tanah runtuh di Cameron Highlands
Dua lelaki terperangkap dalam sebuah bengkel kenderaan akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar Brinchang di Cameron Highlands hari Ahad.