Ratusan pengguna jalan raya terpaksa menunggu berjam-jam gara-gara terperangkap di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas pihak berkuasa menutup laluan itu berikutan kebocoran gas cecair petroleum (LPG) dari lori tangki di Kilometer 311 arah utara hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Perak, Penolong Penguasa Bomba 1, Hasrin Hasdi berkata lebuh raya tersebut telah ditutup sejak 12.45 tengahari sebaik sahaja pihaknya tiba di lokasi kejadian.
Jelasnya, tindakan menutup jalan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan kesemua pengguna jalan raya tidak terancam.
"Gas cecair petroleum ini merupakan bahan kimia yang amat sensitif dan amat mudah terbakar, sedikit sahaja percikan atau haba panas akan menyebabkan insiden yang tidak dapat dijelaskan.
"Kami menasihatkan pengguna jalan raya ke arah selatan untuk menggunakan susur keluar Tol Gopeng dan mereka yang menghala ke utara perlu menggunakan susur keluar Tapah," katanya ketika dihubungi Astro Awani pada malam Rabu.
Hasrin berkata pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti kakitangan PLUS, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan PDRM untuk memastikan keadaan kesesakan lalu lintas ke arah utara itu dalam keadaan terkawal.
Jelasnya, pihaknya menyedari ramai pengguna jalan raya yang tidak berpuas hati terhadap penutupan jalan tersebut kerana terpaksa berada di jalan raya sejak tengahari namun mereka harus melaksanakan penguatkuasaan demi keselamatan semua.
Sebelum itu, pihak bomba melaporkan sebuah lori telah diberhentikan di tepi jalan selepas pemandunya mendapati terdapat kebocoran di dalam lori tangki yang membawa muatan LPG seberat tujuh tan itu.
" Walaupun kami sepatutnya membuka jalan tersebut pada pukul 5.30 petang, tapi kami harus menundanya ke pukul 9 malam kerana masih terdapat dua tan cecair LPD yang tidak boleh disemburkan ke udara dengan menggunakan air," ujarnya.
Buat masa ini, jarak laluan penutupan adalah sekitar 18 kilometer bermula dari Tol Tapah ke Tol Gopeng.
Menurut beliau, lebihan cecair LPG telah dihantar ke syarikat operasi dengan menggunakan lori pembantu pada petang semalam.
Setakat 10.45 malam tadi, laluan di Lebuhraya Utara Selatan antara Tapah-Gopeng di kedua-dua hala masih belum dibuka untuk laluan bagi menjalankan kerja-kerja membaik pulih kebocoran pada tangki sebuah lori yang membawa muatan gas.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Nov 04 2015
Jelasnya, tindakan menutup jalan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan kesemua pengguna jalan raya tidak terancam. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Lori tangki LPG bocor: Ratusan pemandu terperangkap dalam kesesakan di Lebuhraya PLUS
Ratusan pengguna jalan raya terpaksa menunggu berjam-jam gara-gara terperangkap di Lebuhraya Utara Selatan selepas pihak berkuasa menutup laluan itu berikutan kebocoran gas cecair petroleum (LPG).