awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terbalik, trafik sesak di PLUS laluan Alor Pongsu-Bukit Merah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/08/2023
07:55 MYT
Lori terbalik, trafik sesak di PLUS laluan Alor Pongsu-Bukit Merah
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang kebetulan berada di lokasi berkata, keadaan di tempat kejadian adalah terkawal. - Gambar/ PDRM
BAGAN SERAI: Aliran trafik sesak lebih empat kilometer dari Alor Pongsu ke Bukit Merah, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), dekat sini berikutan kemalangan sebuah lori muatan sawit yang terbalik dan melintang atas jalan pada Selasa.
PLUS menerusi ciapan di Twitter pada jam 2.34 petang memaklumkan, kemalangan berlaku di Kilometer 183 arah selatan itu mengakibatkan semua lorong terhalang.
"Pengguna dinasihatkan untuk keluar di Plaza Tol Alor Pongsu bagi mengelak kesesakan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang kebetulan berada di lokasi berkata, keadaan di tempat kejadian adalah terkawal.
Menurutnya, pemandu lori yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius.
"Kesesakan memang agak teruk ditambah pula keadaan hujan ketika ini.
"Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan dikeluarkan dan menggunakan laluan lain," ujarnya.
Topic Berkaitan
#lori terbalik
#kesesakan
#PLUS
#info trafik terkini
#Bukit Merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan