awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terjunam: Pemandu maut digilis kenderaan dipandu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
21/08/2022
11:44 MYT
Lori terjunam: Pemandu maut digilis kenderaan dipandu
Mangsa dikatakan tercampak keluar daripada cermin hadapan lori sebelum kepalanya digilis. - Foto PDRM
MARANG: Seorang pemandu lori maut selepas digilis lori yang dipandunya dalam kejadian di kawasan pembinaan tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Merchang pada Ahad.
Nahas kira-kira jam 12.50 tengah hari itu menyebabkan mangsa Nasaruddin Nasir, 37, meninggal dunia di tempat kejadian.
Insiden itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menuruni bukit di tapak pembinaan terbabit dan menghala ke sebuah bengkel lori.
Bagaimanapun, sejurus tiba di tempat kejadian lori dipandunya dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terjunam di curam yang berketinggian kira-kira tiga meter.
Susulan kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak keluar daripada cermin hadapan sebelum kepalanya digilis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, mayat mangsa dibawa Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pemandu lori maut
#digilis lori
#lori terjunam
#Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan