awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lorong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup sementara, dilencongkan

Bernama
Bernama
21/04/2024
03:45 MYT
Lorong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup sementara, dilencongkan
Menurut IJM Land, sebarang lencongan lalu lintas sementara atau penutupan jalan akan dijadualkan di luar waktu puncak bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Pemaju projek The Light, IJM Land Bhd memaklumkan terdapat penutupan lorong sementara dan lencongan trafik di median laluan Bayan Lepas dan George Town di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Selasa dan Rabu ini.
IJM Land dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan The Light Interchange, melibatkan pembinaan tanjakan bertingkat baharu menghubungkan The Light Waterfront Pulau Pinang dan pelebaran Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.
Menurut IJM Land, sebarang lencongan lalu lintas sementara atau penutupan jalan akan dijadualkan di luar waktu puncak iaitu dari 10 malam hingga 5 pagi bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna jalan raya.
"Penambahbaikan ini akan memberi manfaat besar kepada orang ramai dengan mengukuhkan infrastruktur semasa.
"IJM Land berdedikasi untuk meminimumkan kesan pembinaan kepada orang awam dengan melaksanakan pelan pengurusan trafik sepanjang tempoh pembinaan," menurut IJM Land.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penutupan jalan
#pulau pinang
#The Light
#IJM Land
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan