awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lorong kiri Terowong Meru ditutup mulai 20 Mac untuk kerja turapan

Bernama
Bernama
18/03/2023
08:42 MYT
Lorong kiri Terowong Meru ditutup mulai 20 Mac untuk kerja turapan
Lorong kiri Terowong Meru arah selatan akan ditutup bermula Isnin ini hingga 14 April bagi kerja penurapan jalan. -Gambar fail
IPOH: Lorong kiri Terowong Meru di kilometer (KM) 260.30 hingga KM262.05, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan akan ditutup bermula Isnin ini hingga 14 April depan bagi kerja penurapan jalan.
PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja fasa kedua penambahbaikan turapan jalan dapat dilaksanakan secara berperingkat antara 9 malam hingga 12 tengah hari, sepanjang tempoh tersebut
Menurut PLUS, laluan kontra akan dibuka secara berkala sekiranya perlu, bergantung keperluan semasa bagi melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit.
Justeru pengguna yang menghala ke selatan Ipoh-Kuala Lumpur dinasihat merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.
"Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terowong meru
#Lebuhraya Utara-Selatan
#PLUS
#turapan jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan