Skip to main content

Dunia

Vietnam pertimbang kurangkan cukai produk petroleum terpilih kepada sifar

61547191974_petrolpump.jpg
Cukai perlindungan alam sekitar, VAT dan cukai penggunaan khas bagi petrol (tidak termasuk etanol), diesel dan bahan api jet di Vietnam telahpun dikurangkan kepada sifar. - Gambar hiasan

HANOI: Kementerian Kewangan Vietnam telah mencadangkan pengurangan cukai nilai tambah (VAT) dan cukai perlindungan alam sekitar bagi minyak tanah dan mazut kepada kadar sifar dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat susulan ketegangan di Asia Barat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan VnExpress pada Khamis.

Cukai perlindungan alam sekitar, VAT dan cukai penggunaan khas bagi petrol (tidak termasuk etanol), diesel dan bahan api jet di Vietnam telahpun dikurangkan kepada sifar di bawah keputusan yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini.

Advertisement

Pada masa ini, minyak tanah dan mazut masih dikenakan cukai perlindungan alam sekitar sebanyak 1,000 dong Vietnam (AS$0.038) bagi setiap liter atau kilogram, serta VAT sebanyak 10 peratus.

Draf polisi mengenai pemotongan cukai bagi produk petroleum itu dijangka akan dibentangkan kepada Perhimpunan Kebangsaan ke-16 pada sesi pertama yang dijadualkan bermula 6 April ini, menurut laporan itu.

--BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video