NATIONAL
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA

LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas pada 1 pagi tadi berikutan peningkatan air sungai ke paras kritikal di muka sauk disebabkan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas. -Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman
ALOR SETAR: Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1 di sini dihenti tugas pada 1 pagi tadi berikutan peningkatan air sungai ke paras kritikal di muka sauk disebabkan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
Ringkasan AI
- Loji Rawatan Air Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat peningkatan paras air sungai ke paras kritikal.
- Gangguan bekalan air tidak berjadual di Kota Setar dan sebahagian Kubang Pasu, melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.
- SADA menghantar lori tangki air dan menempatkan tangki statik di pusat pemindahan sementara untuk mengurangkan beban pengguna yang terjejas.
Jangkaan LRA beroperasi semula belum dapat dipastikan buat masa ini memandangkan paras air masih pada paras kritikal serta telah menenggelamkan aset-aset mekanikal dan elektrikal di LRA berkenaan.
"Selain insiden banjir, beberapa LRA lain juga berisiko terkesan dengan isu kerosakan sistem elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut mengalami kerosakan akibat bencana ribut taufan dan pokok tumbang," menurut SADA.
SADA memaklumkan bagi mengurangkan beban pengguna yang terjejas tindakan segera melalui penghantaran lori tangki air dan penempatan tangki statik di pusat pemindahan sementara (PPS) sedang dilaksanakan pada masa ini.
"Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my atau boleh menghubungi i-SADA di talian 1300-88-0017," menurut syarikat itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami