GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menafikan beberapa mesej yang tular di media sosial kononnya Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, dekat sini, akan dihenti tugas.
PBAPP dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan pihaknya sedia maklum terdapat beberapa muat naik dan mesej di Facebook yang tular mendakwa kekeruhan air mentah yang tinggi dari Sungai Muda, Kedah, hari ini, boleh menyebabkan henti tugas lagi di LRA Sungai Dua.
"Bagaimanapun LRA Sungai Dua terus beroperasi pada kapasiti optimum hari ini dan berdasarkan beberapa data, ia menunjukkan bahawa tiada ancaman penutupan LRA Sungai Dua setakat pukul 5 petang tadi.
"Data itu antaranya (merujuk kepada) kekeruhan semasa air mentah dari Sungai Muda iaitu 66.7 kadar kekeruhan air mentah (NTU), dan keluaran pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua ialah 994 juta liter sehari," menurut kenyataan itu.
NTU merujuk kepada "Unit Kekeruhan Nephelometric" atau "Nephelometric Turbidity Unit", unit yang digunakan untuk mengukur kehadiran zarah atau jirim terampai dalam air.
Menurut kenyataan itu PBAPP sentiasa memantau kualiti air mentah dari Sungai Muda dari semasa ke semasa, dan akan mengeluarkan notis segera jika atau apabila kekeruhan air mentah dari Sungai Muda melebihi paras "selamat" yang akan menjejaskan operasi LRA Sungai Dua.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
PBAPP akan mengeluarkan notis segera jika kekeruhan air mentah dari Sungai Muda melebihi paras "selamat" yang akan menjejaskan operasi LRA Sungai Dua. - Gambar/ FB PBAPP
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gangguan bekalan air di Balik Pulau, ini senarai kawasan terlibat
Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam Jumaat sehingga 4 pagi, Sabtu.
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
Paras air empangan meningkat namun belum capai 'tahap selamat' - PBAPP
Kapasiti efektif Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di sini menunjukkan peningkatan ketara susulan hujan lebat sejak awal bulan ini namun belum mencapai 'tahap selamat'.
7,238 akaun pengguna di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air mulai esok
Sebanyak 7,238 akaun pengguna di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Jumaat berikutan penutupan sesalur utama 600mm di Sungai Krian di sini.
Paras air di dua empangan Pulau Pinang menyusut
Bacaan semasa yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) hari ini menunjukkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam menyusut 1.2 peratus kepada 30.0 peratus.
Gangguan air di kawasan Persiaran Kelicap - PBAPP
PBAPP dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan gangguan itu menyebabkan kawasan terlibat tiada air atau tekanan air rendah.
PBAPP peruntuk RM2.5 juta pasang meter air pintar
Ia akan diperluaskan kepada 20,000 akuan pengguna di kawasan lain di negeri itu dalam usaha PBAPP bergerak ke arah pendigitalan.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.