awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT bertembung: Lima gerabak terlibat nahas berjaya dinaikkan- Prasarana

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
26/05/2021
07:31 MYT
LRT bertembung: Lima gerabak terlibat nahas berjaya dinaikkan- Prasarana
Kerja-kerja mengeluarkan gerabak berkenaan telah dilakukan sejak semalam dan fokus hari ini ialah untuk mengeluarkan gerabak terakhir daripada laluan trek nahas tersebut. - Foto Prasarana
KUALA LUMPUR : Lima daripada enam gerabak membabitkan dua tren yang terlibat dalam nahas LRT laluan Kelana Jaya berhampiran Stesen KLCC pada Isnin malam telah berjaya dikeluarkan lewat malam tadi.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Prasarana pada Rabu, kerja-kerja mengeluarkan gerabak berkenaan telah dilakukan sejak semalam dan fokus hari ini ialah untuk mengeluarkan gerabak terakhir daripada laluan trek nahas tersebut.
“Kerja-kerja pemulihan berjalan lancar dan dijangka akan selesai dalam masa tiga hari seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan.
"Sejurus selepas kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa pada malam berkenaan, pasukan pemulihan memulakan kerja mereka serta merta dengan membuat penilaian terhadap kerosakan dan diikuti dengan kerja-kerja awalan sebelum memulakan kerja-kerja pemulihan,” menurut kenyataan itu.
Kemalangan | Tren LRT bertembung, penumpang cedera
BACA: Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT
BACA: LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan ditubuh - MOT
Jelas kenyataan itu lagi, cabaran paling besar ialah untuk memisahkan gerabak kedua-dua tren itu kembali ke landasan serta menaikkannya sebelum dihantar ke depoh LRT Kelana Jaya di Subang.
Seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji pada Isnin malam.
Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan satu pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden dan menjangkakan laporan hasil siasatan akan dikemukakan dalam tempoh dua minggu.
Topic Berkaitan
#LRT
#kemalangan
#prasarana
#LRT bertembung
#nahas LRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan