awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi

Bernama
Bernama
25/05/2021
04:47 MYT
LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi
MOHAMAD ZAINAL: Janganlah cuba membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah meminta orang ramai memberi ruang kepada pasukan panel penyiasat khas untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden itu.
"Dalam tempoh ini, orang ramai atau mana-mana pihak janganlah cuba membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Zainal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan individu yang mengaitkan insiden berkenaan dengan serangan siber.
Semalam, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.
Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Zainal Abdullah
#Dang Wangi
#LRT
#tren
#pertembungan
#LRT Kelana Jaya
#KLCC
#Kementerian Pengangkutan
#panel penyiasat
#spekulasi
#ketenteraman awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan