PUTRAJAYA: Rawatan terhadap mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya tidak menjejaskan pengurusan rawatan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata 64 mangsa yang cedera dalam insiden semalam itu ditempatkan di wad HKL, dengan enam daripada mangsa kritikal manakala tiga memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator) dan tiga lagi berada di bilik pembedahan.
"Wad COVID-19 di HKL tidak terganggu dan masih boleh menggunakan kemudahan peralatan perubatan sedia ada.
"Ventilator sudah diagihkan untuk kes tertentu di wad COVID-19, unit rawatan rapi (ICU) dan kritikal. Ini tidak mengganggu kegiatan biasa dan kegiatan merawat pesakit COVID-19," katanya pada sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya bersama-sama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini.
BACA: Nahas LRT bertembung: Ini kronologi dan laporan awal APAD
BACA: Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT
Dua tren LRT laluan Kelana Jaya, sebuah membawa penumpang dan sebuah lagi tren rosak yang sedang dipandu uji telah bertembung dalam kejadian pada 8.45 malam semalam di kawasan terowong antara Stesen Kampung Baru dan KLCC, menyebabkan 213 penumpang cedera.
Bernama
Tue May 25 2021
64 mangsa yang cedera dalam insiden itu ditempatkan di wad HKL, dengan enam orang kritikal manakala tiga memerlukan bantuan alat pernafasan. - Gambar fail/ Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
"Saya akan ambil tindakan undang-undang" - Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
Tajuddin dakwa beliau telah dimalukan dengan pelbagai tuduhan seperti tidak sensitif, rasis dan tidak layak menjadi Pengerusi GLC.
Insiden pelanggaran tren: MOT tidak 'sembunyikan' maklumat - Wee
Menteri Pengangkutan berkata, tiada apa yang hendak disembunyikan berhubung siasatan insiden berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
LRT bertembung: Jawatankuasa siasatan saran 23 cadangan penambahbaikan
Sebanyak 23 cadangan penambahbaikan harus dilaksanakan secepat mungkin oleh Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dan Rapid Rail.
LRT bertembung: Laporan dibentang di Kabinet Rabu depan - Menteri
Laporan itu akan disertakan bersama cadangan sebagai penambahbaikan untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan awam negara.
Prasarana sahkan terima notis tuntutan daripada mangsa nahas LRT
Prasarana menerima notis itu semalam dan perkara itu akan dikendalikan penasihat undang-undang yang dilantik untuk pertimbangan sewajarnya dan tindakan segera.
Insiden LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal tunjuk perkembangan baik
Tiga mangsa insiden kemalangan LRT yang sedang dirawat di ICU HKL menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini.
LRT bertembung: Trauma masih menghantui - Mangsa
Pada hari Isnin malam itu dia baru sahaja selesai bertugas di salah sebuah syarikat perbankan di Ampang, ibu negara sebelum melangkah pulang menuju ke Stesen LRT KLCC.
LRT bertembung: 'Setiap orang ada haknya, begitu juga dalam kes ini' - Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kementeriannya dan Prasarana tiada pilihan melainkan berdepan tindakan undang-undang jika ia diambil oleh penumpang yang cedera dalam insiden pelanggaran itu.
LRT bertembung: Muhyiddin lawat mangsa nahas di HKL
Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, ketika ini lima mangsa masih dirawat di HKL dan dilaporkan dalam keadaan stabil.