KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) hari ini mengeluarkan laporan ringkas dapatan awal berkenaan kemalangan pelanggaran bagi Tren 40 dan Tren 81 di antara Stesen KLCC dan Kampung Baru (arah selatan).

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi sidang media secara maya hari ini.

Berikut merupakan kronologi apa yang berlaku pada Isnin malam itu.

Kronologi Kes: 

8:47pm: Bahagian Penguatkuasaan Rel (BKR), APAD terima laporan berkenaan pelanggaran Tr40 dan Tr81.

8:21pm: Tr40 telah bergerak (set kosong tanpa penumpang) secara Automated Train Operation (ATO) en route dari Gombak ke Depoh Subang (Arah Selatan).

Tr40 kemudiannya telah mengalami kegagalan (timed out) dan berhenti semasa menghampiri platform Stesen Kg. Baru.

Kegagalan Tr40 adalah disebabkan oleh kegagalan tren untuk beroperasi secara automatik (ATO) memandangkan Vehicle On-Board Controller (VOBC) terhenti (halted).

OCC telah mengenalpasti kedudukan Tr40 dan mengarahkan pemandu (hostler) untuk memandu Tr40 secara manual dari Stesen Kg. Baru menuju ke Stesen Dang Wangi dan perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren-tren yang berada di south bound (dalam mod ATO) untuk meneruskan perkhidmatan.

BACA: Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT

Dalam pada masa yang sama, Tr81 yang beroperasi secara automatik (ATO) berada dalam keadaan statik di platform Stesen KLCC arah selatan.

8:24pm: Tr81 telah berlepas dari Stesen KLCC ke Stesen Kg. Baru setelah menerima maklumat bahawa Tr40 telah beredar dari Stesen Kg. Baru menuju ke Stesen Dang Wangi.

8:33pm: Pemandu tren (hostler) telah mengubungi OCC dan memaklumkan bahawa Tr40 bertembung dengan sebuah tren.

8.34pm: Tr81 telah dikenalpasti sebagai tren yang telah bertembung dengan Tr40 yang membawa seramai 213 penumpang.

BACA: LRT bertembung: Bantuan khas RM1,000 kepada 213 mangsa

8.36pm: OCC telah memaklumkan Agensi Tindakan Kecemasan dan melantik Pegawai yang bertanggungjawab (AI2036) di kawasan insiden.

8:45pm: Penumpang-penumpang mula dipindahkan daripada tren.

8.50pm: Pasukan BOMBA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di KLCC diikuti dengan kehadiran ambulans.

BACA: LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi

9:23pm: Kesemua penumpang telah dipindahkan. Seramai 47 penumpang telah cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan seramai 166 penumpang dengan kecederaan ringan menerima rawatan segera di lokasi kejadian.

[TERKINI] Perkembangan kejadian tren LRT Laluan Kelana Jaya bertembung | 24 Mei 2021


Dapatan Awal Punca Kemalangan: 

Siasatan awal mendapati, kemalangan adalah disebabkan kecuaian hostler yang memandu Tr40 dalam arah yang salah.

Tr40 yang sepatutnya bergerak ke arah south bound menuju ke stesen Dang Wangi telah bergerak ke arah north bound (different orientation) yang telah mengakibatkan perlanggaran berlaku di antara Tr40 dan Tr81.

[TERKINI] Sidang media perkembangan insiden membabitkan dua LRT