awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT Laluan Kelana Jaya alami masalah sistem pemanduan automatik

Bernama
Bernama
07/11/2022
14:44 MYT
LRT Laluan Kelana Jaya alami masalah sistem pemanduan automatik
Masalah yang bermula pada 8.39 malam itu menyebabkan perkhidmatan tergendala di antara Stesen Kelana Jaya dengan Stesen KLCC. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami masalah sistem pemanduan automatik berhampiran stesen LRT KLCC.
Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT, Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel dalam kenyataan malam ini memaklumkan masalah yang bermula pada 8.39 malam itu menyebabkan perkhidmatan tergendala di antara Stesen Kelana Jaya dengan Stesen KLCC.
"Jurutera kami sedang berusaha mengenal pasti masalah ini. Bagi mendapatkan status perkhidmatan terkini, sila ikuti media sosial Rapid KL," menurut kenyataan itu.
Dalam satu lagi kenyataan, Rapid Rail memaklumkan bagi memastikan keselamatan penumpang, pihak operator telah mengambil keputusan menghentikan perkhidmatan di antara Stesen Ampang Park dan Stesen Kelana Jaya pada 10.15 malam ini.
"Bagi menampung pengguna yang terjejas, pihak operator juga telah menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi stesen-stesen yang terlibat. Penumpang juga telah diminta menggunakan mod pengangkutan alternatif.
"Segala kesulitan ekoran gangguan ini adalah amat dikesali dan pihak Rapid Rail ingin memohon maaf kepada semua penumpang yang terkesan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT
#laluan klana jaya
#masalah sistem pemanduan automatik
#stesen LRT KLCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan