awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT Pulau Pinang: "Dakwaan YB Bagan tidak benar sama sekali" - Tengku Zafrul

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/11/2020
10:24 MYT
LRT Pulau Pinang: "Dakwaan YB Bagan tidak benar sama sekali" - Tengku Zafrul
Tengku Zafrulberkata, dakwaan Lim Guan Eng bahawa kerajaan Persekutuan tidak prihatin terhadap pembangunan negeri Pulau Pinang adalah tidak benar. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Keputusan Kementerian Kewangan untuk tidak meneruskan pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia (ADB) bagi membiayai projek transit aliran ringan (LRT) Pulau Pinang yang berjumlah AS$500 juta (RM2 bilion) adalah selaras dengan pandangan Bank Negara Malaysia berikutan pasaran kewangan negara yang mempunyai kecairan yang tinggi.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebaliknya, kerajaan boleh memperoleh dana dari pasaran tempatan.
Beliau menjelaskan, kadar pinjaman keseluruhan yang ditawarkan ADB adalah 40 peratus jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar Sekuriti Kerajaan Malaysia.
"Sekuriti Kerajaan Malaysia menawarkan 2.72 peratus bagi 10 tahun berbanding ADB iaitu 3.81 peratus bagi tempoh yang sama," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di Parlimen di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Zafrul berkata, keputusan Kementerian Kewangan untuk tidak meneruskan pinjaman dengan ADB adalah berkaitan dengan sumber pembiayaan bagi pelaksanaan projek pembangunan dan bukannya melibatkan cadangan pembatalan projek.
Katanya, semua projek pembangunan perlulah dikemukakan kepada Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan di bawah Rolling Plan, Rancangan Malaysia.
"Namun demikian, kerajaan perlu meneliti semua projek yang perlu diberi keutamaan mengambil kira kedudukan fiskal kerajaan Persekutuan secara keseluruhan," tambahnya.
Zafrul memberitahu, mesyuarat Kabinet pada 19 Julai 2019 juga bersetuju bahawa kerajaan negeri tidak boleh membuat pinjaman yang melibatkan jaminan kerajaan tanpa mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan terlebih dahulu bagi mengelakkan bebanan hutang ke atas kedudukan kewangan kerajaan.
Justeru, kata beliau, Kementerian Kewangan tidak menerima laporan due diligence tersebut daripada ADB dan isu jaminan pinjaman daripada ADB tidak berbangkit kerana perkara ini belum dibentangkan untuk kelulusan jemaah menteri.
"Oleh itu, dakwaan Yang Berhormat Bagan (Lim Guan Eng) bahawa kerajaan Persekutuan tidak prihatin terhadap pembangunan negeri Pulau Pinang adalah tidak benar sama-sekali," tegasnya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Unit Perancangan Ekonomi
#LRT Pulau Pinang
#Lim Guan Eng
#Tengku Zafrul
#Rancangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan