Skip to main content

Malaysia

LRT tergelincir: 'Kita bernasib baik tren belum capai kelajuan maksimum' - Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 28 Mei -- Sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi sehingga menjejaskan jadual perkhidmatan laluan berkenaan.  Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian yang berpunca daripada kerosakan suis landasan itu menyebabkan tren terbabit tidak dapat bergerak.  Pengendali pengangkutan awam itu turut mengesahkan kesahihan gambar-gambar insiden berkenaan yang sedang tular melalui media sosial.  --fotoBERNAMA (20
Anthony berkata kerajaan bersyukur kerana tiada penumpang atau kakitangan yang tercedera dalam insiden itu. - Gambar/ Bernama

KUALA LUMPUR: “Kita bernasib baik kerana tren itu baru sahaja mula bergerak dan belum mencapai kelajuan maksimum ketika ia tergelincir semasa proses pertukaran landasan di luar stesen".

Demikian kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, mengenai insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir di Stesen Chan Sow Lin pada Khamis.

Beliau menegaskan, kejadian itu disifatkan sebagai serius walaupun tiada kecederaan dilaporkan.

Katanya, insiden tergelincir dalam sistem rel merupakan kejadian berisiko tinggi yang berpotensi membawa kepada bencana besar sekiranya tidak ditangani secara sewajarnya.

“Walaupun tiada kecederaan, ini adalah satu insiden yang sangat serius kerana kejadian tergelincir dalam sistem tren boleh mendatangkan risiko yang sangat tinggi," katanya pada sidang media selepas meninjau lokasi kejadian di sini pada Jumaat.

Anthony berkata kerajaan bersyukur kerana tiada penumpang atau kakitangan yang tercedera dalam insiden itu.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa kejadian berkenaan tidak boleh dianggap sebagai gangguan perkhidmatan biasa, sebaliknya memerlukan siasatan menyeluruh dan bebas bagi mengenal pasti punca sebenar.

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Kita mesti mengenal pasti punca dan memaklumkannya kepada umum.

“Kita mahu memupuk budaya integriti dan akauntabiliti dalam kalangan pengendali pengangkutan awam. Insiden seperti ini tidak boleh disembunyikan dan tidak boleh berulang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan akan berbincang dengan Prasarana Malaysia Bhd mengenai kemungkinan menjalankan audit lebih menyeluruh terhadap sistem rel di bawah kendaliannya, termasuk rangkaian LRT dan MRT.

“Sistem rel adalah tulang belakang pengangkutan awam di Lembah Klang, dengan lebih sejuta penumpang bergantung kepadanya setiap hari.

“Kebolehpercayaan dan keselamatan sistem rel mesti sentiasa berada pada tahap tertinggi,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement