awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT3: Prasarana akan beri kerjasama penuh kepada SPRM

Isabelle Leong
Isabelle Leong
28/07/2018
07:33 MYT
LRT3: Prasarana akan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Prasarana berkata ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan syarikat memandang berat terhadap sebarang salahlaku yang menjejaskan integriti dan nama baik syarikat. - Astro AWANI
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya berhubung projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).
Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana berkata ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan syarikat berkenaan memandang berat sebarang salah laku yang menjejaskan integriti dan nama baik syarikat tersebut.
"Prasarana akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM termasuk mana-mana agensi yang menjalankan penyiasatan sekiranya terdapat sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam pembangunan projek LRT3," kata kenyataan tersebut.
Ini berikutan laporan berita berhubung siasatan yang sedang dijalankan SPRM terhadap ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan yang terlibat dari tahun 2014 ke 2017, serta jururunding, kontraktor, dan rakan pelaksana projek (PDP) yang terlibat dalam projek LRT3 berkenaan.
Selain itu, Prasarana turut menyatakan pendirian bahawa ia akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam apa jua siasatan yang melibatkan organisasi berkenaan.
Tambah kenyataan itu lagi, pada 12 Jun lalu, Lembaga Pengarah Prasarana juga telah mengarahkan pengurusan kanan syarikat untuk melaporkan kepada Ketua Pegawai Integriti Prasarana sekiranya terdapat sebarang kejadian dan penyimpangan yang disyaki dalam projek tersebut.
Topic Berkaitan
#Kenyataan
#KUASA
#LRT3
#pembangunan
#prasarana
#projek
#Rasuah
#salahguna
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Transit Aliran Ringan 3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan