awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTAT, EDGE Group meterai kerjasama perkasa industri pertahanan dua negara - Hishammuddin

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
21/09/2022
07:12 MYT
LTAT, EDGE Group meterai kerjasama perkasa industri pertahanan dua negara - Hishammuddin
MoU itu telah ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman (depan kiri) serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif EDGE Group, Mansour Mohamed Al Mulla. - Foto ihsan Mindef
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan EDGE Group, sebuah konglomerasi 25 syarikat milik Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyediakan persenjataan tentera dan teknologi berkaitan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan berkata, MoU tersebut adalah usaha sama dalam memperkasakan lagi industri pertahanan kedua-dua negara.
Katanya, MoU itu telah ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif EDGE Group, Mansour Mohamed Al Mulla.
"MoU ini antara lain merangkumi penerokaan peluang kerjasama lebih erat antara LTAT dengan EDGE Group dalam usaha menyokong pelbagai bentuk keupayaan dan penyelesaian pertahanan.
"Selain itu, kerjasama EDGE Group dan LTAT bagi mengenal pasti potensi pelaburan bersama dalam bidang industri strategik dan pertahanan di Malaysia," kata Hishammuddin.
Dalam pada itu, Hishammuddin memberitahu, beliau dan delegasi turut diberi peluang meninjau Tawazun Industrial Park, Zayed Military City di Abu Dhabi yang juga merupakan lokasi khusus untuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa berkaitan pertahanan membangunkan produk-produk mereka.
"Lawatan ini memberi ruang kepada Malaysia untuk mempelajari pendekatan UAE memacu industri pertahanan mereka, terutamanya menerusi Tawazun Industrial Park ini.
"Ia penting dan selari dengan perancangan Kerajaan Malaysia memandangkan ketika ini Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) sebagai inisiatif susulan kepada Kertas Putih Pertahanan (KPP) sedang giat dirangka," katanya.
Hishammuddin dan delegasi turut meluangkan masa melawat beberapa syarikat pertahanan tempatan termasuk NIMR, pengeluar kenderaan tentera perisai dan CARACAL, pengeluar senjata pistol, senapang dan sniper.
Pada Isnin, Hishammuddin dan delegasi mengadakan lawatan rasmi ke UAE untuk memberi tumpuan khusus terhadap usaha sama Malaysia-UAE demi memperkasa industri pertahanan.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#UAE
#LTAT
#EDGE Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan