KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan menegur pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) supaya mengembalikan semula prestasinya sebagai entiti yang menguruskan dana persaraan warga tentera dengan lebih baik.
Beliau mahu LTAT beroperasi sebagai entiti yang bermaruah kerana kebelakangan ini entiti itu dianggap bukan lagi produk yang premium dalam pasaran.
"Maaf cakap ini, setelah kebelakangan ini, LTAT bukan lagi produk premium di pasaran.
"Bukan lagi produk premium tapi banyak orang tengok yang melihatnya hidup segan, mati tak mahu.
"Betul, kita sudah terbiasa dalam keadan semulajadi di zon selesa, tapi kita berada dalam keadaan yang berbeza sekarang.
"Saya tidak mahu campur tangan dalam hal ini, tapi akhirnya ia datang kepada saya, orang tak akan salahkan Datuk Nazim (Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman), orang akan salahkan Mohamad bin Haji Hasan, tak guna punya Menteri Pertahanan, elok berhenti... dan saya tak mahu benda ini berlaku.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik 2023-2025 (Mampan25), di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut Mohamad memberitahu, apa yang perlu dilakukan LTAT sekarang dalam mengembalikan kewibawaannya untuk pencarumnya iaitu warga tentera adalah kegagahan dan keazaman baharu sebagai tunjang untuk mengembalikan 'maruah' syarikat itu.
Beliau mengakui malu jika terus 'jalan menunduk' dengan prestasi syarikat gagal dipulihkan namun yakin dapat 'mendongak' dengan bangga sekiranya syarikat berkenaan memacu semula kegemilangan organisasi berkenaan di landasan sepatutnya.
"Kalau saya tidak menghentikan musical chair (kerusi muzik) ia akan runtuh. Kalau kita tak swastakan Boustead Holdings maka LTAT akan dalam masalah, bahkan Affin Bank pun akan bermasalah. Jadi apa yang kita patut buat?
"Hentikan musical chair supaya 'penyakit COVID-19' ini tidak berjangkit. Kalau nak kekang isu kena kekang penyakit.
"Kita tanam pokok kelapa sawit di atas lombong emas. Perlukan kita mengekalkan pokok kelapa sawit di atas tanah yang ada emas di dalamnya?
"Kita kena lombong emas itu. Bagaimana kita nak lombong itu terpulang kepada anda.
"Itu yang saya nak perkatakan. Banyak aset-aset yang perlu kita unlocked the value. Kemudian siap siagakan diri kita untuk lancarkan semula Boustead (Holdings Bhd) yang baharu, dengan kegagahan dan keazaman yang baharu supaya kita boleh jalan dengan penuh bangga melaluinya. Ini tidak jalan tunduk saja. Kita mesti cari jalan cara bangkit semula," katanya.
Dalam masa sama, beliau tidak mahu amanah warga tentera yang menjadi pemegang taruh utama dalam syarikat berkenaan dikhianati kerana wang yang mereka carum itu sangat berharga kerana diperoleh daripada hasil pengorbanan dan titik peluh.
Astro Awani
Thu Jul 13 2023
Mohamad Hasan berkata, apa yang perlu dilakukan LTAT sekarang dalam mengembalikan kewibawaannya untuk pencarumnya iaitu warga tentera adalah kegagahan dan keazaman baharu sebagai tunjang untuk mengembalikan 'maruah' syarikat itu. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Lawatan rasmi: Mohamad Hasan ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember
Mohamad akan mempengerusikan bersama mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia dengan rakan sejawat, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.