KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 2.5 peratus pada tahun 2019.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana itu mampu mengisytiharkan peningkatan dividen bagi 2020 berikutan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM229 juta berbanding RM92.8 juta pada 2019.
"Saya berpuas hati dengan keputusan yang dicapai oleh LTAT bagi tahun 2020, lebih-lebih lagi apabila ia dicapai di sebalik persekitaran ekonomi mencabar susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pergolakan ekonomi dan turun naik pasaran pada 2020," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, faktor penyumbang utama kepada pencapaian yang lebih baik tahun lalu adalah susulan kejayaan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi menerusi Pelan Transformasi LTAT.
"Ini membolehkan LTAT mencatatkan peningkatan keuntungan tertahan sebanyak RM287.5 juta selepas bayaran dividen berjumlah RM310.7 juta berbanding keuntungan tertahan sebanyak RM63.5 juta pada 2019," katanya.
Ismail Sabri berkata, kerajaan sedar bahawa kebajikan hadapan negara terutama anggota tentera yang sedang berkhidmat harus terus menjadi keutamaan.
"Oleh itu, kami berbesar hati untuk menyokong LTAT bagi memastikan peningkatan dividen bagi tahun tersebut," katanya.
Katanya, Kementerian Pertahanan, bagi semua anggota tentera yang menerima manfaat daripada pembayaran dividen, amat menghargai sokongan diberikan oleh kerajaan.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, LTAT akan terus memperkasakan prospeknya melalui pelan transformasi yang sedang digiatkan dengan menumpukan kepada pengukuhan dan pengimbangan semula portfolio pelaburannya.
Pada masa sama menambahbaik struktur organisasi, pengurusan risiko, amalan tadbir urus korporat serta pembangunan sumber manusia, katanya.
"Tabung kini berada dalam tahun ketiga perjalanan transformasi ini, di mana 41 dan 53 inisiatif berjaya dilaksanakan masing-masing pada 2019 dan 2020.
"Tambahan sebanyak 77 inisiatif lagi akan dilaksanakan pada 2021 dengan matlamat untuk memperkukuh operasi dan prestasi kewangan LTAT serta anak-anak syarikatnya," katanya.
Ismail Sabri berkata, tahun ini LTAT telah memulakan proses penstrukturan semula portfolio pelaburannya secara berperingkat dengan fokus kepada instrumen pendapatan tetap serta mempertingkatkan pelaburan ekuiti awamnya.
Sehingga 31 Dis 2020, aset-aset di bawah pengurusan LTAT berada pada RM9.6 bilion. - BERNAMA
Bernama
Tue May 11 2021

LTAT mampu mengisytiharkan peningkatan dividen bagi 2020 berikutan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM229 juta berbanding RM92.8 juta pada 2019. - Gambar fail

10 Berita Pilihan - (26 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

Polis rampas 9,208.81 gram dadah ,504 individu ditahan
PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.

Dadah | Myanmar hapuskan dadah bernilai AS$642 juta
Pihak berkuasa Myanmar memusnahkan dadah bernilai lebih setengah bilion dolar di seluruh negara pada Ahad. Pembakaran secara besar-besaran termasuk dadah jenis candu, heroin dan methamphetamine itu menjadi acara tahunan di Myanmar ketika menyambut Hari Dadah Antarabangsa pada 26 Jun.

Kapal Perang AS | Sammy B, kapal karam paling dalam di dunia pernah ditemukan
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemukan di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter. Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai Sammy B itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemukan.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka cuba dapatkan minyak murah dari Rusia, Qatar
Sri Lanka yang berdepan krisis ekonomi teruk umum akan menghantar menterinya ke Rusia dan Qatar sebagai cubaan untuk dapatkan harga minyak murah, sehari selepas kehabisan bahan api di negara itu. Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera berkata dua menteri akan dihantar ke Rusia pada Isnin, untuk berbincang bagi mendapatkan lebih banyak bekalan minyak.

Azurin wira Malayan Tigress ikat Bangladesh
Pasukan bola sepak wanita kebangsaan gagal melunaskan dendam kekalahan memalukan kepada Bangladesh, selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Dhaka, malam ini.

Krisis Rusia-Ukraine | Selepas tawan Severodonetsk, Rusia sasar Kyiv
Sehari selepas Rusia mendakwa mengawal sepenuhnya bandar strategik Severodonetsk di Luhansk, serangan peluru berpandu mula menggegarkan bandar Kyiv pada Ahad. Wartawan AFP melaporkan, kompleks kediaman berhampiran pusat Kyiv telah diserang sehingga mengakibatkan kebakaran dan dipenuhi asap.

PRU15 | Tanding di Parlimen Sik hanya ura-ura - Takiyuddin
Setiausaha Agung Pas, DatuK Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan dakwaan beliau bakal bertanding di kerusi Parlimen Sik hanyalah ura-ura sahaja.

Industri Kreatif | Dana Pembangunan Modal Insan FINAS kembali
Perbadanan Filem Nasional (FINAS) akan membuka kembali Dana Pembangunan Modal Insan bagi tujuan memperkasa kemahiran penggiat industri filem di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Dr Md Nasir Ibrahim. Menurutnya, setakat ini kurang daripada 50 peratus daripada dana itu telah dilulus oleh jawatankuasa penilai dan FINAS menggalakkan persatuan serta syarikat berminat mengemukakan permohonan.

Projek KVDT2 diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT - Peguam Kanan Persekutuan
Pihak-pihak dalam kes saman itu telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman berkenaan.

Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 diteruskan Dhaya Maju LTAT
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kerajaan memutuskan projek naik taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) akan diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.

Projek LCS: Kerugian bakal ditanggung LTAT perlu dijelaskan - Anwar
Perlu dijelaskan tentang berapa kerugian yang akan ditanggung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akibat keputusan tersebut.

Kebajikan ATM: Hishammuddin umum dua jenis pengeluaran untuk pencarum LTAT
Hishammuddin berkata, pencarum LTAT boleh keluarkan wang untuk tujuan Haji, serta pendidikan tinggi di IPTA, tertakluk kepada syarat-syarat.

DSA 2022: LTAT, PT PINDAD jalin kerjasama strategik kukuhkan industri pertahanan Malaysia-Indonesia
LTAT sentiasa mengenal pasti peluang sedia ada, yang boleh meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

LTAT patuhi keputusan Kementerian Kewangan mengenai bayaran caruman kerajaan
LTAT memohon panduan daripada Kementerian Kewangan berkenaan sebarang pembayaran caruman kerajaan pada masa hadapan.

Kadar dividen 2021 LTAT sebanyak 4.1 peratus - PM Ismail Sabri
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2021.

Pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera akan pacu transformasi LTAT
LTAT menambah, ia juga membawa kepada mewujudkan peruntukan seksyen baharu bagi mendapatkan jaminan kerajaan ke atas simpanan persaraan pencarum LTAT.

Tabung persaraan LTAT dijamin kerajaan - Hishammuddin
Cadangan dasar pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera telah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lepas dan Kabinet telah memberi kelulusan secara prinsip.

Moratorium: Mansuh faedah terakru beri impak jangka masa panjang bank, pemulihan ekonomi
Faedah terakru bank-bank di negara ini menerusi moratorium hampir RM1.4 trilion iaitu bersamaan 73% daripada sistem pinjaman bank tersedia.