Jaminan polis terhadap Namawee disambung hingga 11 Jan

Namewee direman dari 5 hingga 13 Nov lepas sebelum dilepaskan dengan jaminan polis hingga 10 Dis bagi menunggu laporan bedah siasat mangsa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama sebulan bermula dari Khamis lepas hingga 11 Jan tahun depan.
Ringkasan AI
- Jaminan polis Namewee dilanjutkan selama sebulan bagi siasatan kematian wanita Taiwan. Jaminan berkuatkuasa dari Khamis lepas hingga 11 Jan tahun depan, menunggu laporan toksikologi dan bedah siasat kes. Namewee direman sebelum ini sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.
- Kematian wanita Taiwan di hotel Jalan Conlay kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes pada awalnya dianggap sebagai kematian mengejut, namun kini disiasat dengan lebih mendalam. Polis meminta kerjasama orang ramai berhubung penemuan janin bayi di dalam lori sampah di Bukit Jalil, Cheras.
- Taman Angkat Amanita diperkenalkan sebagai ruang rekreasi dan platform jalinan mesra antara polis dengan masyarakat. Kawasan itu turut menjadi simbol kerjasama strategik untuk memperkukuh konsep kepolisan komuniti serta pencegahan jenayah secara holistik.
Namewee direman dari 5 hingga 13 Nov lepas sebelum dilepaskan dengan jaminan polis hingga 10 Dis bagi menunggu laporan bedah siasat mangsa.
Hsieh ditemukan mati di dalam tab mandi di bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini pada 22 Okt dan mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mengulas tentang Taman Angkat Amanita, Fadil berkata kawasan itu bukan sahaja berfungsi sebagai ruang rekreasi, tetapi juga menjadi platform jalinan mesra antara polis dengan masyarakat serta simbol kerjasama strategik dalam memperkukuh konsep kepolisan komuniti sebagai teras pencegahan jenayah secara holistik.
Beliau berkata sebuah kabin Amanita turut ditempatkan di kawasan berkenaan sebagai pit stop Amanita PDRM untuk mendekatkan masyarakat dengan polis serta membina kepercayaan dan persefahaman yang lebih kukuh.
Dalam perkembangan berasingan, Fadil meminta kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat berhubung penemuan janin bayi di dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Cheras, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan sebelum ini mengesahkan penemuan janin lelaki berusia kira-kira 25 minggu dengan anggaran panjang 35 sentimeter, yang mengalami kecederaan pada bahagian perut selain tengkorak kepala pecah serta tali pusat terputus, dan kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


