awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google lancar versi beta terjemahan masa nyata menerusi fon kepala

Bernama
Bernama
13/12/2025
07:30 MYT
Google lancar versi beta terjemahan masa nyata menerusi fon kepala
Google berkata ia merancang untuk memperluas ciri berkenaan ke peranti iOS serta lebih banyak negara pada 2026. - Gambar/ Reuters
SAN FRANCISCO: Google pada Jumaat mengumumkan pelancaran ciri beta yang membolehkan pengguna mendengar terjemahan masa nyata menerusi fon kepala, ketika syarikat itu meningkatkan usaha memperkukuh perkhidmatan terjemahan dan pembelajaran bahasa, lapor Xinhua.
Ciri baharu itu, yang boleh diakses melalui aplikasi Google Translate, menyediakan terjemahan langsung sambil mengekalkan nada, penekanan dan irama pertuturan penutur, sekali gus menjadikan perbualan lebih mudah difahami.
"Sama ada anda cuba berbual dalam bahasa berbeza, mendengar ucapan atau kuliah ketika berada di luar negara, atau menonton rancangan televisyen atau filem dalam bahasa lain, anda kini boleh memakai fon kepala, membuka aplikasi Translate, menekan 'Live translate' dan mendengar terjemahan masa nyata dalam bahasa pilihan anda," kata Naib Presiden Produk dan Carian Google, Rose Yao dalam satu catatan blog.
Ciri beta itu kini mula dilancarkan pada peranti Android di Amerika Syarikat, Mexico dan India.
Ia menyokong lebih 70 bahasa dan serasi dengan semua jenis fon kepala.
Google berkata ia merancang untuk memperluas ciri berkenaan ke peranti iOS serta lebih banyak negara pada 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Google
#google translate
#real time translation
#fon kepala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan