KUALA LUMPUR: Semangat juang tinggi serta keupayaan pelumba kebangsaan menyaingi pasukan WorldTeam dan ProTeam pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 diharap mampu membuka lembaran positif buat mereka untuk terus 'berkayuh' pada masa akan datang.
Harapan itu disuarakan Ketua Jurulatih skuad berbasikal negara Mohd Yusof Nasir yang berharap agar Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dapat melakukan sesuatu bagi memastikan potensi barisan pelumbanya tidak disia-siakan.
"Saya akan bincang dengan pihak MSN dan PKBM untuk mengusahakan sesuatu buat mereka. Tak mahu jadi macam tahun lepas bila mana kita tubuhkan sesebuah pasukan hanya untuk LTdL sahaja lepas itu tidak ada kesinambungan.
"Ikutkan pada tahun ini sahaja, kita dapat raih gelaran tiga kali Terbaik Asia. Jadi saya nak bawa keputusan ini kepada mereka. Harap mereka buka mata," katanya kepada pemberita pada penamat perlumbaan LTdL 2023 di Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini semalam.
Skuadnya yang disertai empat bekas pelumba Team Sapura Cycling (TSC), Mohamad Izzat Hilmi Muhsin Al Redha Misbah, Muhammad Nur Aiman Rosli dan Muhammad Zawawi Azman serta dua lagi pelumba berbakat Muhammad Shaiful Adlan dan Zulhelmi Zainal mempamerkan saingan cukup hebat sepanjang perlumbaan lapan peringkat sejauh 1,278.1 kilometer (km) itu.
Pada Peringkat Pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Kuala Terengganu minggu lepas, anak buah Yusof membuktikan yang mereka bukan sekadar pasukan pelengkap.
Izzat Hilmi berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 187.4km itu di tempat keempat sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pasukan terbaik keseluruhan (peringkat) dan pasukan terbaik Asia.
Beliau sekali lagi mempamerkan kehebatan berbasikalnya dengan meraih kedudukan lima terbaik pada penutup LTdL, Peringkat Kelapan, semalam.
Nur Aiman pula berjaya menamatkan Peringkat Ketiga dari Jeli ke Baling sejauh 183.1km di tempat keenam selain turut menyambar Jersi Putih selaku pelumba Terbaik Asia.
Sementara itu, Yusof dalam masa sama bersifat terbuka jika anak buahnya itu 'dipancing' mana-mana pasukan ProTeam demi perkembangan karier mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Mohd Yusof berharap agar MSN dan PKBM dapat melakukan sesuatu bagi memastikan potensi barisan pelumbanya tidak disia-siakan. - Gambar/ Sinar Harian
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
LTdL: PKBM, MSN perlu duduk semeja tentukan hala tuju pelumba - Jurulatih
Semangat juang tinggi serta keupayaan pelumba kebangsaan menyaingi pasukan WorldTeam dan ProTeam pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 diharap mampu membuka lembaran positif buat mereka.
Perjuangan Malaysia belum berakhir!
Mohd Yusoff berkata, perjuangan anak-anak buahnya masih belum selesai selagi perlumbaan edisi ke-27 itu menutup tirai Sabtu ini.
LTdL: Harrif Salleh hilang 10 saat rantai terlucut
Harrif Salleh, pada awalnya berada di kedudukan baik menuju garisan penamat tetapi basikalnya pula mengalami masalah teknikal.
LTDL 2023: Babor menang peringkat keempat pada penampilan sulung
Pelumba Republik Czech Daniel Babor dari pasukan Caja Rural-Seguros RGA mengungguli perlumbaan peringkat keempat LTdL 2023.
LTdL 2023: Menang peringkat perlumbaan, jersi putih kini tumpuan TSG
Peluang untuk merebut gelaran Raja Bukit tertutup selepas Nur Aiman tidak berjaya mempertahankan gelaran itu yang dirampas Simon Pellaud.
Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas
SEBUAH van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.
LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.
LTdL 2023: Zawawi belum 'panas'
Muhammad Zawawi mengakui beliau belum bersedia sepenuhnya apabila tidak berhasil membuka tirai saingan Peringkat Pertama LTdL 2023, dengan keputusan memberangsangkan, semalam.
Cipta sejarah LTdL, Malaysia bukti mampu cabar pasukan elit
Barisan enam pelumba bimbingan Mohd Yusof itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.