awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubang benam: IWK laksana kerja pengorekan jalan sedalam lapan meter

Bernama
Bernama
23/11/2025
08:45 MYT
Lubang benam: IWK laksana kerja pengorekan jalan sedalam lapan meter
Kerja-kerja pengorekan mencapai kedalaman lapan meter sehingga 10.30 pagi tadi. - FB Zairil Khir Johari
GEORGE TOWN: Kerja-kerja pengorekan jalan susulan kejadian lubang benam di Jalan Kenari Sungai Ara di sini pada 4 Nov lepas telah siap dilaksanakan oleh Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Ringkasan AI
  • Kerja-kerja pengorekan jalan susulan lubang benam di Jalan Kenari Sungai Ara telah disiapkan oleh Indah Water Konsortium.
  • Pengerusi Jawatankuasa Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, mengesahkan kerja pengorekan telah mencapai kedalaman lapan hingga 10.30 pagi.
  • Fokus seterusnya adalah pada pembaikan paip kumbahan, pengguna jalan diseru untuk bersabar dan berhati-hati, namun tiada kemalangan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari memaklumkan kerja pengorekan mencapai kedalaman lapan meter sehingga 10.30 pagi tadi.
"Fokus kerja kini akan beralih kepada pembaikan paip kumbahan itu," katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut memohon pengguna jalan raya dan penduduk setempat supaya bersabar dan berhati-hati sepanjang tempoh kerja dijalankan serta mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Dalam kejadian pada 4.30 petang 4 Nov lepas, satu lubang benam bersaiz kira-kira lima meter panjang, 3.5 meter lebar dan 1.9 meter dalam terbentuk di kawasan berkenaan, namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#lubang benam
#pulau pinang
#IWK
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan