Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengarahkan sebuah lukisan kontroversi yang dipamerkan dalam satu pameran seni lukis di sini, ditarik balik serta merta kerana didapati menyentuh sensitiviti umat Islam.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata lukisan itu tidak disenarai sebagai bahan pameran yang diusulkan kepada pihaknya tetapi dipamerkan tanpa sebab munasabah walaupun penganjur sedar ia akan mencetuskan kontroversi agama.
"Pandangan pertama saya, lukisan itu very offensive (amat menyinggung) dan penganjur pameran itu dilihat tiada sebab untuk memaparkan lukisan tersebut. Maka, kita tarik balik serta merta sebaik mengesan ia dipamerkan beberapa hari lepas.
"Memang mereka telah diberi kebenaran untuk menganjurkan pameran itu tetapi bukan untuk lukisan tersebut kerana mereka memang tidak tunjuk kepada kita dan (ia) dibawa masuk secara sembunyi," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun Muzium Negara dan melancarkan duit syiling peringatan serta setem sempena sambutan Jubli Emas itu.
Mohamed Nazri berkata ada pengunjung yang menghadiri pameran itu telah membuat laporan polis mengenai lukisan itu dan ia sedang disiasat oleh pasukan keselamatan.
Beliau berkata pihak yang mahu menganjurkan aktiviti seni lukis atau seni visual perlu memohon kepada satu jawatankuasa diketuai Balai Seni Visual Negara dan setiap bahan akan diteliti sebelum mendapat kelulusan pameran.
Menurutnya penganjur pameran itu masih dibenarkan untuk meneruskan aktiviti itu sehingga tarikh akhir sebaik lukisan kontroversi itu ditarik balik dan pihaknya akan melihat jika ada keperluan pada masa depan untuk mengetatkan pengeluaran lesen bagi pameran seperti itu.
"Kepada orang awam, jika mereka melihat lukisan tersebut dinaikkan semula, segera laporkan kepada kita untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sebuah portal berita baru-baru ini melaporkan Pameran Seni M50 Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL didapati mempamerkan sebuah lukisan kontroversi 'I is for Idiot' sebagai sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes'.
Bernama
Sat Aug 31 2013
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Google uji ciri jana rumusan tambahan dengan AI pada AI Overviews
Ciri baharu ini boleh menjana ringkasan carian dengan AI berdasarkan teks yang dipilih.
Straits Mobile Investment setuju kurangkan pegangan saham dalam U Mobile kepada 20 peratus
Straits Mobile Investment Pte Ltd, yang dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya dalam U Mobile kepada 20 peratus daripada 49 peratus.
Dakwaan RUU Mufti digubal tergesa-gesa tidak benar - Mohd Na'im
Dakwaan kononnya Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 digubal secara tergesa-gesa dan dipengaruhi pihak tertentu adalah tidak benar.
Kontroversi GISB: Majlis fatwa negeri mula bersuara
Perlis menjadi negeri pertama memutuskan bahawa ajaran dan kepercayaan yang dibawa oleh GISB mengandungi unsur ajaran sesat khususnya dalam aspek batiniah.
Penelitian terhadap Ustaz Don di peringkat akhir - MAIS
Perbincangan dan penelitian terhadap isu berkait penceramah bebas Ustaz Don kini berada di peringkat akhir, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
MFL kurangkan hukuman Selangor FC: 'Nasi sudah jadi bubur' - Penganalisis
TINDAKAN Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat pusingan u mengurangkan hukuman dengan membatalkan dua tindakan yang dikenakan ke atas Selangor FC dilihat sebagai nasi sudah menjadi bubur.
Bincang dengan Jakim, Yadim bagi teliti pendakwah jemputan di TV
Semua penyiar di negara ini diminta berbincang dengan Jakim dan Yadim bagi meneliti pendakwah jemputan yang diundang bagi program agama di platform masing-masing.
Peserta Israel di pertandingan nyanyian Eurovision kena 'boo' penonton
Keputusan untuk membenarkan Israel kekal menyertai pertandingan Eurovision sudah lama cetuskan kontroversi dalam kalangan peminat.
Penganjur konsert kontroversi di Kedah tampil mohon maaf
Faris Azrii berkata, isu tersebut yang berlaku pada malam Nisfu Syaaban adalah atas kesilapan pihaknya.
Fokus kepada solidariti bukan perkara kontroversi - Mohd Na'im
Kontroversi laungan 'takbir' tidak seharusnya menenggelamkan agenda utama Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena malam ini.