Skip to main content

Malaysia

Fattah Amin, Amira Othman timang anak lelaki, pilih nama Muhammad Jarir Umar

Sumber: INSTAGRAM Fattah Amin
Fattah memangku anak keduanya, Muhammad Jarir Umar yang selamat lahir pada petang Selasa. - Gambar Instagram @fattahaminz
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Fattah Amin berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Nadia Amira Othman, selamat melahirkan cahaya mata mereka, semalam.

Perkhabaran itu dimuat naik Fattah menerusi hantaran di media sosial, sekali gus menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Dalam perkongsian tersebut, Fattah memaklumkan, bayi lelaki mereka dilahirkan sekitar jam 6.20 petang dan diberikan nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.

“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan bayi kami jam 6.20 petang semalam

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh, penyejuk hati mommy dan daddy,” tulisnya.

Image
Sumber: INSTAGRAM Fattah Amin
Kehadiran Muhammad Jarir Umar melengkapi kehidupan Fattah dan Amira Othman. - Gambar Instagram @fattahaminz

Hantaran itu turut disertai elemen doa dan kesyukuran, menggambarkan kegembiraan pasangan berkenaan atas kelahiran cahaya mata tersebut.

Perkongsian berkenaan pantas menarik perhatian warga maya dengan ramai meninggalkan ucapan tahniah serta doa buat kesejahteraan ibu dan bayi.

Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 2017, namun pasangan itu bercerai pada 2024.

Hasil perkahwinan pertama itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

 

Must Watch Video

Advertisement