Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) kini dalam proses perbincangan akhir bersama Kementerian Dalam Negeri tentang kaedah melupuskan bot-bot nelayan asing yang dirampas kerana menangkap ikan di perairan negara.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata pihaknya juga sedang meneliti kaedah yang tepat bagi memusnahkan bot-bot nelayan asing itu.
"Sama ada bom, bakar atau tenggelam itu kami sedang bincang. Mungkin dalam masa dua minggu akan ada satu acara untuk menunjukkan kepada pihak antarabangsa bahawa kita serius menangani isu pencerobohan nelayan asing.
"Saya juga telah mendapat taklimat daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bahawa telah ada beberapa bot nelayan Vietnam yang telah dilucutkan hak oleh mahkamah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) ke-34/2019 di sini, pada Selasa.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Nekmat Abdul Hamid Bahari dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.
Terdahulu, Salahuddin dalam ucapannya berkata beliau telah bertemu Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti baru-baru ini dan mengagumi ketegasan Indonesia dalam menangani isu pencerobohan kapal nelayan asing di Indonesia.
"Tidak ada kapal nelayan asing (di Indonesia), mereka dihalau balik semua. Bot-bot besar diharamkan, tiada soft landing, tarik semua lesen.
"Bot asing masuk, bom. Indonesia buat tiga tahun. Tahun pertama maki hamun, sumpah namun masuk tiga tahun ikan tuna datang berenang ke pantai," katanya.
Salahuddin berkata apabila pihaknya bertegas, hasil laut juga akan meningkat dan ia akan mendatangkan pendapatan lumayan khususnya pada nelayan negara.
Semalam, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia sedang meneliti untuk mencontohi dasar kerajaan Indonesia dengan memusnahkan atau menenggelamkan kapal nelayan asing yang ditahan menceroboh perairan negara.
Beliau berkata terdapat cadangan supaya perkara itu dilaksanakan namun perlu mendapat nasihat daripada Peguam Negara.
Awal bulan ini Salahuddin berkata tindakan menenggelamkan bot nelayan asing yang mencerobohi perairan Malaysia hanya akan dipertimbangkan jika langkah menangani pencerobohan nelayan asing pada masa ini termasuk penubuhan pasukan petugas khas oleh Kabinet tidak berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019
SALAHUDDIN: Sama ada bom, bakar atau tenggelam itu kami sedang bincang.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Enam nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan di perairan negara
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing bersama enam kru Indonesia yang menceroboh perairan negara.
Ceroboh tangkap ikan, 19 kru Vietnam ditahan, nilai rampasan RM3.1 juta
Kedua-dua bot telah ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menunda pukat secara berganding.
21 kru Vietnam ditahan ceroboh hasil laut
Kedua-dua bot ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu di 62 batu nautika timur laut Kuala Mersing.
TLDM patahkan cubaan 21 bot nelayan asing masuki perairan negara
KD Jebat mempamerkan kecekapan menerusi tindakan pengusiran ke atas tiga buah BNA di lapangan.
TLDM gagalkan cubaan 12 bot nelayan asing ceroboh perairan negara
TLDM berjaya menggagalkan cubaan pencerobohan 12 bot nelayan asing daripada memasuki perairan negara, berhampiran Pulau Perak, petang tadi.
Lima bot nelayan asing diusir berhampiran Pulau Perak - TLDM
Mereka dipercayai cuba menceroboh perairan negara di sekitar kawasan berkenaan bagi tujuan mengaut hasil laut negara secara tidak sah.
13 bot nelayan asing ditenggelamkan sehingga julai tahun ini - MAFI
Sehingga Julai tahun ini, 13 bot nelayan asing yang ditahan kerana menceroboh perairan negara ini sudah dilupuskan.
Lupus bot nelayan asing, perbincangan MOA, KDN peringkat akhir
MoA kini sedang meneliti kaedah yang tepat bagi memusnahkan bot-bot nelayan asing itu.