awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luruan monsun: Ahmad Zahid nasihat orang ramai terus waspada mulai 19 Nov

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
15/11/2024
10:25 MYT
Luruan monsun: Ahmad Zahid nasihat orang ramai terus waspada mulai 19 Nov
Luruan monsun dijangka berlaku pada 19 hingga 23 November ini berdasarkan analisis model-model cuaca.- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berwaspada dengan fenomena luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 sehingga 23 November ini.

Ringkasan AI
  • Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berwaspada dengan fenomena luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 sehingga 23 November ini.
  • Tambah MetMalaysia, keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan.
  • MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramalkan berlaku di negeri pantai timur dalam tempoh dinyatakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid menerusi ciapan di X pada masa sama juga menggesa orang ramai untuk sentiasa peka dengan perkembangan terkini.
‘’Saya nasihatkan agar anda sentiasa peka dengan perkembangan cuaca terkini dan mendapatkan maklumat sahih melalui laman web dan media sosial MetMalaysia atau melalui aplikasi myCuaca,’’ katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran dalam laman sosialnya memaklumkan luruan monsun dijangka berlaku pada 19 hingga 23 November ini berdasarkan analisis model-model cuaca.
Tambah MetMalaysia, keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh berkenaan.
Sehubungan itu, pihaknya telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramalkan berlaku di negeri pantai timur dalam tempoh dinyatakan.
Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang Dan Pasir Puteh) serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).
Saya ingin mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk berwaspada dengan luruan monsun yang dijangka berlaku pada 19 hingga 23 November ini. Berdasarkan ramalan cuaca daripada MET Malaysia, luruan monsun bakal melanda timur pic.twitter.com/XhCLskvxkR
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) November 15, 2024
Keadaan sama dijangka turut melanda Johor iaitu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi Dan Johor Bahru.
Selain itu, MetMalaysia memaklumkan, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan melibatkan Perairan Condore dan Reef North bagi tempoh 19 hingga 22 November ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, aktiviti rekreasi serta sukan laut.
MetMalaysia menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.
Topic Berkaitan
#luruan monsun
#hujan lebat
#Laut China Selatan
#MetMalaysia
#Mycuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan