awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luruan monsun melemah, cuaca semakin baik dari 1 hingga 7 Mac - MetMalaysia

Bernama
Bernama
28/02/2022
10:19 MYT
Luruan monsun melemah, cuaca semakin baik dari 1 hingga 7 Mac - MetMalaysia
Cuaca pada sebelah pagi dijangka hujan di satu dua tempat sahaja di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Luruan monsun yang melanda negara telah pun melemah dan keadaan cuaca dijangka bertambah baik dari 1 hingga 7 Mac ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh ramalan, cuaca pada sebelah pagi dijangka hujan di satu dua tempat sahaja di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah.
"Pada sebelah petang hingga awal malam, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat dan timur Sabah," menurut kenyataan itu.
Selain itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dan kedua untuk kawasan perkapalan di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa hingga 1 Mac ini.
MetMalaysia turut menasihati orang awam agar sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#luruan monsun
#cuaca baik
#MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#hujan
#ribut petir
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan