KUALA LUMPUR: Tapak cadangan bagi pembinaan kemudahan pelupusan kekal (PDF) kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd masih kekal di kawasan Perindustrian Gebeng seluas 28.328 hektar dan kini dalam proses menunggu kelulusan pembinaan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, laporan penilaian kesan radiologi (RIA) telah dihantar manakala Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) kawasan itu akan dikemukakan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) esok sebelum kelulusan pembinaan diberikan.
"Pembinaan tapak PDF di Bukit Ketam, Kuantan telahpun ditamatkan, tidak ada berlaku lagi pembinaan PDF di situ dan telah dipindahkan dan dicadangkan di kawasan Perindustrian Gebeng berhampiran dengan Lynas Advanced Material Plant (LAMP), iaitu kilang yang Lynas ada sekarang.
"Dalam pembinaan PDF, apa yang telah kita laksanakan ialah keperluan RIA dan EIA dipenuhi dan esok laporan RIA akan tamat dan ia telahpun dihantar dan EIA (akan dihantar) esok, selepas itu proses kelulusan dibenarkan. (Pembinaan tapak PDF) ia akan berlaku di tapak sedia ada iaitu bersebelahan LAMP," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (Bebas-Tebrau) yang bertanyakan sama ada pembinaan tapak PDF masih kekal di kawasan Perindustrian Gebeng atau ada tapak cadangan baharu serta langkah yang diambil untuk memastikan penduduk di kawasan sekitar selamat sekiranya PDF dibina di kawasan itu.
Semasa ditanya Nor Azrina Surip (PH-Merbok) sama ada kerajaan tetap akan meluluskan pembinaan PDF itu memandangkan kawasan yang dicadangkan itu tidak digazetkan sebagai tempat pelupusan sisa toksik, Dr Adham berkata PDF yang akan dibina mematuhi piawaian tempatan serta antarabangsa dan dijamin selamat.
"Kawasan yang telahpun digazetkan untuk LAMP sebenarnya sekarang pun ada temporary residual bahan radioaktif itu dan ia perlu dipindahkan ke PDF. Sejujurnya kawasan itu dah ditingkatkan pun dan telah dikaji pemonitoran 20 kilometer radius oleh RIA dan ia selamat.
"Kita ada tiga prinsip iaitu keselamatan, perlindungan dan jaminan yang telah kita tetapkan dan ia perlu dipatuhi sebelum kita benarkan (pembinaan PDF)," katanya.
Menjawab soalan asal Wong Tack (PH-Bentong) berhubung tanggungjawab terhadap PDF sekiranya berlaku kemusnahan akibat bencana alam, Dr Adham berkata ia bergantung kepada laporan analisis keselamatan akhir yang akan dilaksanakan oleh perunding untuk dinilai dan diluluskan oleh AELB sebelum kemudahan PDF itu selesai dibina.
"Lynas bertanggungjawab sepenuhnya membina PDF ini. Untuk tujuan ini ia telah melantik Syarikat Gading Senggara Sdn Bhd sebagai kontraktor bagi proses pelupusan residu penulenan air larut lesap (WLP) ke PDF yang dibina.
"Syarikat Gading Senggara Sdn Bhd ini perlu dilesenkan oleh AELB dan sebarang liabiliti yang timbul membabitkan PDF sekiranya Lynas menghentikan operasinya akan ditanggung sepenuhnya oleh pemegang lesen itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Adham berkata, laporan penilaian kesan radiologi (RIA) telah dihantar manakala EIA kawasan itu akan dikemukakan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). - Gambar fail
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya.
Lynas Australia umum tutup operasi di Malaysia
Lynas Australia merancang untuk menutup semua operasi di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat campuran nadir bumi pada suku Disember tahun ini susulan kejatuhan saham syarikat tersebut.
MOSTI nilai tahap keselamatan projek rintis REE di Perak
MOSTI akan menilai tahap keselamatan projek rintis perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Perak dengan memeriksa teknologi dan teknik yang digunakan.
Lynas dapat kebenaran semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberi kebenaran kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) untuk memulakan dua prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan.
Rayuan Lynas gugur empat syarat lesen ditolak
Rayuan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) ditolak, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
MoU pelaburan syarikat berkaitan teknologi dijangka dimeterai ketika lawatan PM ke China
Chang berharap dapat bertemu dengan rakan sejawatnya di China untuk membincangkan aspek berkaitan sains, teknologi dan inovasi.
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
MOSTI dalam proses pertimbang rayuan Lynas
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.
"Kalau bahaya, mana buktinya?" - Pekerja Lynas, penduduk rayu kerajaan benarkan terus beroperasi
Ratusan pekerjan melakukan demonstrasi aman, meluahkan kebimbangan dengan nasib mereka dan berharap kerajaan mendengar rintihan mereka yang kini buntu memikirkan masa depan.
Lynas nafi tahap radioaktif tinggi dalam air bawah tanah berdekatan loji
Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.