awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi

Bernama
Bernama
14/11/2023
04:10 MYT
Lynas tarik balik 2 permohonan semakan kehakiman berhubung syarat lesen operasi
Pada Julai lepas, Lynas memfailkan dua permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebagai responden. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Lynas Malaysia Sdn Bhd hari ini menarik balik dua permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan berhubung syarat lesen operasinya yang melarang pengimportan dan pemprosesan lantanida selepas 1 Jan 2024.
Peguam Tan Sri Cecil Abraham mewakili Lynas memaklumkan perkara itu, semasa prosiding kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang berlangsung secara dalam talian.
Cecil berkata Lynas dan kerajaan telah bersetuju dengan terma di bawah draf perintah yang dicadangkan.
"Oleh itu, dua permohonan semakan kehakiman tersebut ditarik balik oleh Lynas," kata peguam itu.
Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali dari Jabatan Peguam Negara mengesahkan perkara tersebut.
Hakim Wan Ahmad Farid kemudian merekodkan penarikan balik kedua-dua permohonan itu, tanpa sebarang kos.
Pada 22 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Lynas untuk memulakan dua semakan kehakiman berkenaan.
Pada Julai lepas, Lynas memfailkan dua permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebagai responden.
Lynas, dalam satu kenyataan media berkata, tindakan itu difailkan untuk membatalkan syarat sekatan pengimportan dan pemprosesan lantanida pekat selepas 1 Jan tahun depan.
Sebelum ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi juga mengumumkan bahawa rayuan Lynas terhadap pengguguran empat syarat pelesenan yang ditetapkan oleh AELB telah ditolak, selepas perbicaraan diadakan pada 28 April lepas bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lynas
#semakan kehakiman
#syarat lesen operasi
#lantanida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan