awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LZS hulur bantuan kecemasan kepada suami mangsa dipenggal kepala

Bernama
Bernama
18/01/2022
07:01 MYT
LZS hulur bantuan kecemasan kepada suami mangsa dipenggal kepala
LZS memaklumkan bantuan tersebut bagi meringankan sedikit bebanan kepada suami mangsa.
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyerahkan bantuan kecemasan yang kemudian akan diikuti dengan bantuan khairat kematian kepada suami wanita yang dipenggal kepala oleh anak lelakinya di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada Sabtu lepas.
Dalam satu hantaran di Facebook LZS memaklumkan bantuan tersebut bagi meringankan sedikit bebanan kepada suami mangsa.
"Pasangan ini merupakan salah seorang asnaf kami di Kuala Selangor. Kami masih ingat lagi keceriaan wajah mereka di majlis penyerahan rumah zakat pada tahun lepas. Kami mendoakan beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian besar ini dan semoga Allah menempatkan arwah isteri beliau dalam kalangan orang beriman," menurut LZS.
Semalam, media melaporkan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata penganggur berusia 28 tahun yang disyaki memenggal kepala ibunya Sabtu lepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Sementara itu, LZS dihantaran yang sama berkata program pencegahan, pendidikan dan pemulihan dadah memerlukan penglibatan setiap lapisan masyarakat dan hendaklah bermula daripada peringkat pendidikan awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Zakat Selangor
#bantuan kecemasan
#penggal kepala
#Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan