awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LZS lantik Shopee sebagai ejen kutipan zakat

Bernama
Bernama
12/12/2020
20:47 MYT
LZS lantik Shopee sebagai ejen kutipan zakat
Melalui aplikasi berkenaan umat Islam berkemampuan dan memenuhi syarat zakat, dapat sama-sama membantu kelangsungan hidup golongan asnaf di Selangor yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
SHAH ALAM:Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik platform e-dagang, Shopee sebagai ejen kutipan zakatnya bagi memudahkan bayaran zakat dilakukan oleh umat Islam di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop berkata melalui melalui aplikasi Shopee itu, umat Islam di Selangor kini boleh menunaikan zakat harta dan zakat fitrah tanpa had dan dilakukan pada bila-bila masa, mulai 18 Dis ini.
"Pembayaran zakat boleh dilakukan melalui e-dompet ShopeePay, kad debit, perbankan atas talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Menurut Saipolyazan kempen membayar zakat melalui platform Shopee juga akan berlangsung mulai 22 Dis hingga 31 Dis depan, dengan 1,000 pembayar zakat terawal akan dipilih setiap hari untuk menerima 200 syiling Shopee, sepanjang tempoh kempen.
"Pelantikan Shopee yang merupakan platform e-dagang pertama seumpamanya bekerjasama dengan LZS, adalah tepat pada masanya.
"LZS sentiasa mempelbagaikan saluran bayaran bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat dengan selamat, lebih-lebih lagi dalam situasi norma baharu kini. Kerjasama ini dijangka akan dapat membantu ramai pengguna Shopee terutamanya dalam kalangan Muslim menunaikan zakat." katanya.
Tambahnya, melalui aplikasi berkenaan umat Islam berkemampuan dan memenuhi syarat zakat, dapat sama-sama membantu kelangsungan hidup golongan asnaf di Selangor yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Zakat Selangor
#LZS
#Shopee
#platform e-dagang
#zakat
#ejen kutipan zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan