NATIONAL
M K Land perkukuh komitmen kelestarian alam melalui inisiatif tanam pokok

Felina (kiri) menanam pokok Phoenix sylvestris (Silver Date Palm) di perkarangan SENJA bersama-sama warga kerja M K Land dan Ombak Villa Langkawi, baru-baru ini.
LANGKAWI: Syarikat pembangunan hartanah, M K Land Holdings Berhad (M K Land) terus memperkukuh komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui inisiatif penanaman pokok di Senja by Ombak Villa Langkawi (SENJA).
Dipacu oleh Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Felina Tan Sri Mustapha Kamal bersama kakitangan M K Land dan Ombak Villa Langkawi, inisiatif ini merupakan usaha kolektif syarikat itu dalam menyokong agenda hijau negara.
Inisiatif ini juga sejajar dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Malaysia, di bawah Program Penghijauan Malaysia yang bertujuan untuk meninggkatkan liputan hutan dan memperkukuh daya tahan iklim.
Ia juga mencerminkan komitmen menyeluruh M K Land terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), terutamanya dalam mengurangkan jejak karbon, meningkatkan biodiversiti, dan memastikan pembangunan mampan dalam portfolio syarikat."Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, kami menyedari peranan penting yang kami mainkan dalam memelihara alam sekitar.
“Melalui inisiatif seperti ini, kami bukan sahaja mencantikkan projek pembangunan kami tetapi juga menyumbang kepada matlamat kelestarian nasional dan global, termasuk Kerangka Bandar Rendah Karbon Malaysia dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB," kata Timbalan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan M K Land, Nazri Tumin.

Felina (tengah) bergambar bersama kakitangan M K Land dan Ombak Villa Langkawi, serta pihak kontraktor, konsultan dan pengamal media berlatar belakangkan pemandangan indah SENJA.
Selain inisiatif penanaman pokok, M K Land turut mengambil langkah tambahan untuk menjadikan SENJA sebagai model pembangunan mampan.
Sebagai sebahagian daripada usaha hijau ini, sebanyak 24 panel solar berkapasiti 14.74 kW telah dipasang di SENJA, menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional.
M K Land juga dalam usaha untuk mendapatkan pensijilan GreenRE bagi SENJA, sebagai bukti komitmen kumpulan terhadap amalan pembinaan mampan.
Antara ciri reka bentuk cekap tenaga yang diterapkan di SENJA termasuk:
• Memaksimumkan pencahayaan semula Jadi – Penggunaan panel kaca yang luas membolehkan cahaya matahari masuk dengan lebih banyak, sekali gus mengurangkan keperluan pencahayaan buatan pada waktu siang.
• Mengurangkan penyerapan haba – Reka bentuk SENJA mengelakkan pendedahan langsung ke arah barat, mengoptimumkan orientasi bangunan untuk mengurangkan penyerapan haba dan meningkatkan keselesaan dalaman.
• Meningkatkan kecekapan tenaga – Penggunaan bahan binaan mampan dan strategi penyejukan pasif membantu mengurangkan penggunaan tenaga secara keseluruhan.
Memperkasa landskap hijau Langkawi
Sebanyak 101 pokok daripada lapan spesies terpilih serta lebih 3,000 pokok renek telah ditanam di kawasan SENJA sebagai sebahagian daripada inisiatif ini.
Penanaman ini melengkapkan 18,140 pokok dan pokok renek sedia ada di seluruh kawasan Ombak Villa Langkawi, sekali gus memperindahkan lagi persekitaran resort ini.
Selain itu, 33 pokok kelapa matang turut dipelihara sepanjang pembangunan SENJA bagi memastikan aset hijau sedia ada di Langkawi terus terpelihara.
Menyokong matlamat kelestarian negara
Inisiatif penanaman pokok ini menyokong beberapa dasar dan rangka kerja nasional utama termasuk:
• Kerangka Bandar Rendah Karbon Malaysia (LCCF) – Membantu mengurangkan pelepasan
karbon melalui infrastruktur hijau.
• Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 – Melindungi spesies terancam
seperti Bungor Langkawi.
• Aspirasi Sifar Karbon Malaysia – Meningkatkan usaha penyerapan karbon melalui
penanaman pokok yang menyerap CO₂.
• Program Penghijauan Malaysia – Menyumbang kepada matlamat nasional untuk
menanam 100 juta pokok menjelang 2025.
Inisiatif ini turut menyokong status Geopark Global UNESCO Langkawi, mengukuhkan kepentingan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar
Dijadualkan dibuka pada Mei 2025, SENJA bakal menjadi ruang acara utama yang menggabungkan reka bentuk moden dengan keindahan semula jadi Langkawi.
Dengan pemandangan panorama Laut Andaman, reka bentuk lestari, dan komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar, SENJA menjadi simbol dedikasi M K Land terhadap pembangunan bertanggungjawab.
"Di M K Land, kelestarian bukan sekadar strategi korporat – ia adalah komitmen kami kepada generasi akan datang.
“Inisiatif ini mencerminkan visi jangka panjang kami untuk melindungi khazanah alam Langkawi sambil memupuk hubungan yang lebih erat antara manusia dan alam semula jadi.
“Ia juga langkah ke hadapan dalam usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan nilai ESG ke dalam setiap pembangunan, memastikan ia memberi manfaat kepada persekitaran dan masyarakat," tambah Nazri lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami