awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MA63: Sabah, Sarawak diberi kuasa luluskan projek bawah RM50 juta

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2023
07:16 MYT
MA63: Sabah, Sarawak diberi kuasa luluskan projek bawah RM50 juta
Mengambil contoh projek pembangunan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia tidak perlu menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan. - Foto BERNAM
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri menyerahkan kuasa meluluskan projek-projek bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak.
Mengambil contoh projek pembangunan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia tidak perlu menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan.
"Keputusan menyegerakan beberapa projek walaupun ada JKR tetapi banyak keputusan dibuat Putrajaya. Jadi walaupun peruntukan besar diberikan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana birokrasi dan perlu merujuk ke Putrajaya.
"Jadi Kementerian Kewangan bersetuju untuk menetapkan projek bawah RM50 juta diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak dengan mematuhi peraturan-peraturan kewangan tetapi keputusan boleh dibuat di Kuching dan Kota Kinabalu tanpa dilengahkan ikut peraturan lama," katanya.
Beliau berkata pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu.
Selain itu, Anwar berkata, Jemaah Menteri membincangkan mengenai keputusan menurunkan kuasa kepada bekalan gas kepada Sabah dan Sarawak.
"Kuasa gas sudah diberikan di Sarawak dan di Sabah juga telah diluluskan dalam pengumuman saya lebih awal.
"Dan awal bulan depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan memuktamadkan (bekalan gas dan tenaga) setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini," katanya.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#MA 63
#Anwar Ibrahim
#Kuasa meluluskan projek
#JKR
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan